Tips Mengatasi Penyakit PCOS Disamping Ubat Metformin
Memang berita yang menduka citakan pasangan yang berkahwin tetapi terpaksa menunggu tempoh masa yang lama untuk mendapatkan anak. Selepas kedua-duanya menjalani pemeriksaan rupanya si isteri menghidap polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Maklumat lanjut tentang PCOS boleh klik Apa Yang Wanita Perlu Tahu Tentang PCOS.
PCOS adalah masalah berkaitan dengan hormon yang tak seimbang dalam badan wanita, kerintangan insulin dan obesiti. Sukar untuk menentukan bagaimana ia bermula, tetapi penyakit ini memang berkaitan dengan ketiga-tiga perkara ni hingga mengganggu kesuburan wanita dan mengurangkan kemungkinan wanita itu mengandung.
Walaupun paras gula wanita penghidap PCOS adalah normal, namun ada doktor yang memulakan rawatan dengan metformin (ubat yang menurunkan paras gula dan digunakan untuk pesakit kencing manis) untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita. Ada kajian menunjukkan metformin mungkin boleh membantu pesakit PCOS dengan mengimbangkan hormon-hormon dalam badan mereka. Metformin juga membantu mengurangkan kerintangan insulin, menurunkan paras hormon androgen dan paras kolesterol. Secara tak langsung, kesuburan wanita itu boleh dikembalikan.
Tapi, masalah kesuburan ni bukanlah begitu mudah nak diselesaikan, apatah lagi dalam PCOS kerana banyak sebab yang mencetuskan masalah tak kesuburan.
Adakah Semua Penghidap PCOS Perlukan Metformin?
Tak semua orang penghidap PCOS perlukan metformin, malah sebenarnya metformin tak diluluskan oleh FDA untuk merawat PCOS. Tapi sebab ubat ni berkesan untuk mengawal penyakit PCOS dan membantu penghidapnya untuk tingkatkan kesuburan, maka ada doktor yang menggunakan metformin dalam rawatan PCOS.
Sebenarnya cara yang paling utama untuk mengawal simptom PCOS atau mungkin merawat PCOS ialah dengan ubah gaya hidup. Namun, bagi sesetengah orang, pengambilan ubat adalah lagi mudah daripada perubahan gaya hidup.
Perubahan Gaya Hidup Yang Boleh Membantu Pesakit PCOS
1. Pemakanan
-Antara yang paling penting kepada penghidap PCOS ialah pemakanan. Makanan yang perlu ditingkatkan ialah real food (makanan asli, belum diproses), sebolehnya pilih yang organik dan non-GMO. Makanan yang berasaskan haiwan sebolehnya dikurangkan.
-Pilih makanan yang rendah glisemik indeks
-Makan sikit-sikit tapi kerap untuk bantu kawal gula.
-Elakkan makanan proses dan makanan yang boleh menyebabkan keradangan.
2. Senaman
Gaya hidup yang aktif adalah salah 1 cara untuk mengurangkan kerintangan insulin. Bila kerintangan insulin berkurang, hormon testosteron berkurang dan pengawalan gula jadi lebih baik.
Senaman tak perlu yang berat-berat pun, cuma kena istiqamah.
3. Kenal pasti tekanan dan kawalnya
Tekanan perasaan boleh menambah buruk lagi keseimbangan hormon dan meningkatkan paras gula. Jadi, penyakit pun lebih teruklah jadinya.
4. Elakkan terdedah kepada xenohormon
Xenohormon adalah bahan-bahan toksik yang terdapat disekeliling kita yang menjadi punca hormon tak seimbang.
Suplemen Terbaik Untuk Bantu Pesakit PCOS
Selain daripada perubahan gaya hidup, ada suplemen yang boleh bantu pesakit PCOS untuk mengawal simptom penyakit ini dan turut meningkatkan kesuburan. Suplemen yang saya maksudkan ialah antioksida iaitu resveratrol. Banyak kajian yang dibuat dan membuktikan resveratrol berkesan untuk pesakit PCOS.
Dalam kajian-kajian tersebut, didapati:
– Resveratrol menghalang penghasilan androgen berlebihan dengan meningkatkan kematian sel yang menghasilkan androgen
– Resveratrol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi sel-sel telur dari tekanan oksida yang boleh merosakkan telur.
– Resveratrol memperbaiki kitaran haid. Namun, kajian ini mengggunakan tikus.
– Resveratrol mengurangkan saiz sel lemak. Kalau nak tahu, sebelum sel lemak hilang, dia akan mengecut dulu.
– Resveratrol meningkatkan sensitiviti sel tubuh kepada insulin untuk kawalan gula yang baik. Dalam ertikata yang lain, mengurangkan kerintangan insulin.
Jadi, berdasarkan kajian, Resveratrol mampu memperbaik sistem tubuh pesakit PCOS dan membantu mengawal simptom penyakit tersebut.
Mana nak dapat suplemen resveratrol ni?
Banyak suplemen yang bahan asasnya adalah resveratrol, tapi yang perlu anda pilih tentu lah Vivix by Shaklee. Vivix mengandungi 15 jenis bahan antioksida yang kuat termasuklah rerveratrol. Dan Vivix adalah 13x LEBIH BERKESAN berbanding resveratrol sahaja dalam memberikan kesan baik kepada kesihatan.
Dengan izin Allah.
Bagi penghidap PCOS yang ingin berikhtiar dengan suplemen, boleh whatsapp saya di
www.wasap.my/60126211883
Atau isi borang di bawah dan saya akan hubungi anda secepat mungkin,