Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Tips Jaga Kesihatan Di Usia Muda Untuk Hidup Bahagia Dengan Pasangan

$
0
0

Tips Jaga Kesihatan Di Usia Muda Untuk Hidup Bahagia Dengan Pasangan

Sekarang, kita banyak dengar kes-kes kematian mengejut yang melibatkan orang muda, iaitu orang di bawah usia 40 tahun. Yang selama ni, kita anggap sihat, tetapi tiba-tiba menemui Ilahi. Ya, memang kematian ini berlaku tiba-tiba. Mungkin semalam kita baru jumpa si A, elok-elok sihat, kita sempat bercakap lagi dengan dia. Tapi, hari ni dengar berita kematiannya pula. Samaada akibat strok ataupun serangan jantung.

Banyak sangat dah kes, stroke menyerang waktu paling tak disangka-sangka. Masa meeting, masa bersukan dan ada yang masa memandu. Baru-baru ini ada seorang pemandu teksi yang ditemui mati di dalam kenderaanya, di TTDI, dipercayai akibat serangan strok semasa memandu.

Menambah kepada ketakutan kita, makin ramai org muda yang terlibat dalam kematian mengejut ini. Kadang-kadang umur tu belom 30 tahun pun lagi, dah kena stroke. Dan ramai yang menjangka kematian akibat kemalagan juga mungkin disebabkan mereka kena strok atau serangan jantung hingga akibatkan kemalangan.

cara merawat strok
Isteri Jamu Suami Makan Vitamin

Sekarang memang dah ramai yang ada kesedaran kepentingan vitamin untuk kesihatan. Tapi dikalangan orang yang saya tahu, memang wanita lah yang paling banyak order vitamin. Sepanjang pengalaman saya sebagai doktor klinik kesihatan pun, orang lelaki lambat sikit nak datang untuk dapatkan rawatan. Ada yang isteri paksa datang. Ada yag dah betul-betul teruk tak tahan sakit barulah sibuk nak datang klinik.

Begitu juga dengan amalan makan vitamin. Suami saya sendiri ya ampun… liatnya nak makan vitamin. Kita dah tolong pack, dah bagi dia bawa pergi kerja tapi dibawa balik bekas yang sama berisi vitamin. Jadi, malam-malam jelah boleh bagi dia makan.

Begitu juga pengalaman kawan-kawan Shaklee yang lain. Memang suami agak susah untuk diberi makan vitamin. Tapi, bila dah lama makan, mereka pun rasa kesan baik vitamin tu, mereka memang akan semangat makan sendiri. Atau paling tak pun, mereka sendiri yang akan minta vitamin tu.

Bukan apa isteri-isteri ni, nak jamu vitamin kat suami sebab sayang. Nak tolong suami jaga kesihatan. Yelah, takkan isteri nak sihat sorang-sorang. Dah kata teman sehidup dan semati, mestilah sihat sama-sama dan awet muda sama-sama. Dan alhamdulillah, ramai lelaki yang merokok berjaya berhenti merokok selepas minum salah satu suplemen Shaklee, iaitu Vivix. Rasanya semua tahu bahaya rokok, cuma mungkin ketagih dan bercampur dengan kawan-kawan yang masih merokok.

Ramai isteri-isteri yang saya kenal makan hati sebab suami ni dah diberi nasihat, dah membebel tapi tetap teruskan merokok juga. Jangan macam tu, tuan-tuan. Orang perempuan ni, bila dia sayang, memang betul-betul sayang. Minta bulan bintang pun dia cuba cari. Tapi, kalau dah tawar hati, dia buat tak peduli. Itu bahaya.

Saya sediakan entry ni untuk puan-puan yang nak bantu suami berhenti merokok. In sha Allah selamat, berkesan dan yang paling penting badan pun makin sihat.

Kisah Suami Saya Yang Patah Tulang Bahu

Suami saya ni zaman dulu-dulu, masa dia zaman sekolah lagi masa form 5 kot, dia pernah eksiden dan pernah patah kedua-dua clavicle (tulang selangka). Tulang selangka ni kalau patah memang dibiarkan sembuh sendiri dan tak perlukan pembedahan, cuma perlu pastikan tulang tu tak bergerak sepanjang tempoh penyembuhan. Sebabnya kat bau ada banyak otot yang memegang tulang. Jadi, jarang menimbulkan masalah atau kecacatan selepas sembuh. Tapi pastikan dapatkan rawatan di hospital ya, jangan pandai-pandai pula sebab rawatan juga bergantung kepada tempat yang patah tu.

Kesian suami saya kan, masa patah tulang tu. Dua-dua tangan kena gantung. Tapi kata dia, yang best tu, boleh jadi anak paling manja. Kalau nak makan, boleh minta siapa-siapa tolong suapkan. Kerja dia masa tu main game saja. Ada ke patut?

Masalahnya sekarang, bahu dia jadi tak berapa kuat sangat. Nak angkat barang berat pun susah sikit. Boleh tu boleh, tapi bahu dia akan cepat sakit. Alah, barang berat pun apa sangat. Kalau kami shopping barang dapur jelah.

Tapi hari tu, dia mengadu bahunya sakit. Nak duduk semua tak kena. Baring pun sakit. Banyak kali dia minta saya urut. Dah urut pun masih sama juga. Jadi, saya pu cuba bagi Ostematrix Shaklee, 4 biji sehari sebelum tidur. Alhamdulillah, lepas 2-3 hari memang dia rasa sakit bahu dah kurang. Sekarang memang tak dengar dah dia mengadu sakit.

Ostematrix Shaklee Terbaik Untuk Sakit Otot

Ostematrix adalah produk suplemen yang mengandugi kalsium. Semua tahu kan, kalsium memang diperlukan untuk tulang. Tapi itu yang kita selalu diberitahu, yang kalsium ni penting untuk tulang dan gigi. Tapi jarang kita diberitahu fungsi lain kalsium kepada badan dan kawan-kawan kalsium yang diperlukan untuk memastikan kalsium berfungsi dengan baik.

Salah satu fungsi kalsium yang paling penting juga ialah membantu dalam pengecutan otot, termasuklah otot jantung. Pernah dengar tak kalsium boleh menyebabkan serangan jantung?

Betul, memang kalsium berlebihan boleh menyebabkan otot terlebih mengecut dan itulah yang menyebabkan sakit otot dan juga penyakit jantung.

tips suami sayang isteri

Apa yang ada dalam Ostematrix?

Selain daripada kalsium, dalam ostematrix juga terdapat megnesium. Magnesium ini berfungsi untuk meregangkan otot, ataupun menjadikan otot relaks. Jadi, dalam masa yang sama dia mengimbangkan fungsi kalsium terhadap otot. Jadi, sebenarnya kekurangan magnesium yang menyebabkan sakit otot, migrain dan termasuklah penyakit batu karang. Disamping itu, dalam Ostematrik juga terdapat vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.

Vitamin D ni, selain dariapda dalam makanan, kita boleh dapat daripada sinaran matahari pada waktu pagi.

Apa Yang Sesuai?

Kalau nak cuba makan vitamin, tapi tak tahu vitamin apa yang sesuai, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Saya lebih prefer Whataspp – 012 621 1883.

Nama saya Fyda, in sha Allah saya akan bantu anda sekeluarga untuk lebih sihat.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Trending Articles