Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

9 Tanda Mungkin Ketulan Payudara Adalah Kanser

$
0
0

9 Tanda Mungkin Ketulan Payudara Adalah Kanser

Sepanjang minggu lepas, saya terima ramai pesakit perempuan yang mengadu masalah pada payudara. Ada yang mengadu ada ketulan, ada yang sakit dan ada yang bengkak susu. Dalam sehari, boleh dikatakan 2-3 orang datang klinik. Syukur sangat sebab sekarang ni ramai wanita yang ada kesedaran kesihatan dan ambil berat kesihatan sendiri. Kebetulan pula, bulan ini adalah ‘Bulan Kesedaran Kanser Payudara’. Kanser payudara adalah antara kanser paling utama yang menyerang wanita. Tapi, lelaki pun tak terkecuali, kalau lelaki yang kena, implikasi dia lagi teruk.

Kanser ni, apa-apa kanser pun, biasanya tak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal atau mungkin simptomnya sama macam sakit yang biasa-biasa je, sebab itu kanser agak susah dikesan pada peringkat awal.

Untuk kanser payudara, biasanya akan muncul ketulan pada tisu payudara sebelum merebak ke tempat lain. Sebab itu, semua wanita yang sudah datang haid dinasihatkan supaya memeriksa payudara sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali selepas habis kitaran haid. Kalau rajin, tiap kali mandi boleh cek. Kalau ketulan yang besar pegang je dah boleh rasa. Cara ini dapat mengesan ketulan atau ketumbuhan pada payudara seawal yang boleh walaupun bukan semua ketulan pada payudara adalah kanser.

Ketulan pada payudara juga sering dikaitkan dengan hormon wanita. Jadi, biasanya ketulan yang muncul sekitar waktu haid, kemungkinan besar tiada kaitan dengan kanser. Tapi, biasalah kita ni cepat panik. Asal ada ketulan, mesti takut kanser. Tapi bagus, pergi cek di klinik, pastikan dulu yang ketulan itu bukan kanser.

kanser payudara tahap 4

Apakah Sebab Benjolan Pada Payudara?

1. Kanser – Benjolan yang selalunya tak sakit. Pada peringkat awal mungkin tak ada beza dengan ketulan lain. Tapi ketulan kanser, biasanya bentuknya tak sekata, mungkin melekat pada tisu. Saiznya mungkin membesar dengan cepat. Apabila dah merebak ke kulit, mungkin kulit boleh berubah menjadi kemerahan, kelihatan tegang atau tertarik seperti lesung pipit dan boleh jadi seperti buah oren.

Benjolan disebabkan kanser biasanya keras yang kekal atau semakin membesar dan tidak berkaitan dengan kitaran haid atau terjadi kepada wanita yang sudah menopaus.

2. Fibroadenoma – Sejenis ketumbuhan yang bukan kanser akibat perkumpulan tisu-tisu payudara. Ketulan jenis ni mempunyai bentuk yang sekata, betul2 bulat macam guli.

Namun, daripada ketulan sahaja, mungkin tak dapat bezakan daripada ketulan akibat kanser. Jika seseorang itu ada faktor risiko penyebab kanser, adalah lebih baik buat pemeriksaan lebih lanjut.

3. Penyakit fibrosistik payudara – Merupakan ketumbuhan yang bukan kanser (benign) yang berubah-ubah mengikut kitaran haid.

Terdapat 2 jenis ketulan iaitu – ketulan daripada tisu ataupun sista yang mengandungi air.

4. Galactocele (bengkak susu) – Benjolan yang terjadi dikalangan ibu-ibu yang menyusukan anak apabila payudara tak dikosongkan dalam satu tempoh tertentu.

4. Sista payudara (breast cyst) – Benjolan lembut yang mengandungi air dan bukan sejenis kanser. Boleh ditemui pada semua peringkat u mur wanita.

Tapi, sebenarnya wanita ni bila dah rasa lain sikit, terus pergi klinik kan? Sebab ramai wanita yang ada kesedaran kesihatan dan tak sanggup kehilangan payudara kepada kanser.

Bukan semua ketulan adalah kanser, jadi doktor akan menanyakan sejarah lanjut, dan terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan kemungkinan ketulan itu adalah kanser:

Faktor Risiko Kanser Payudara Dan Simptom-Simptom Lain

1. Umur melebihi 40 tahun bagi yang belum menopause dan melebihi 50tahun bagi wanita yang sudah menopause

2. Sejarah ketumbuhan di payudara yang dilaporkan sebagai atypia (sel yang tidak normal dan berpotensi membawa sel kanser)

3. Sejarah kanser payudara di dalam keluarga dan mempunyai masalah genetik seperti BRCA1 and BRCA2

4. Pesakit yang pernah menerima rawatan radioterapi, terutama untuk kanser limfa berdekatan dengan payudara.

5. Kandungan pertama pada usia melebihi 30 tahun

6. Tidak menyusukan anak (Memberi anak susu ibu selama setahun atau lebih akan mengurangkan risiko kanser payudara)

7. Penggunaan hormon estrogen atau “hormone replacement therapy”.

8. Kedatangan haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun

9. Menopause pada usia melebihi 55 tahun.

Sebelum kanser merebak ke seluruh badan, pesakit kanser mungkin ada ketulan dan perubahan sekitar payudara sahaja, namun bila sel kanser mula merebak, seseorang mungkin mengalami masalah kurang selera makan, turun berat badan, selalu demam atau lesu tak bermaya.

Jika sel kanser sudah menyerang paru-paru, dia mungkin mengalami batuk berpanjangan atau batuk berdarah. Begitu juga jika mengalami simptom dalam perut atau sakit belakang.

Ujian Untuk Memastikan Kanser Payudara

1. Mammogram

Mammogram ni ujian standardlah. Dia macam X-Ray tapi khas untuk payudara sahaja. Walaupun tak ada ketulan, wanita-wanita yang berusia 40 tahun ke atas dinasihatkan untuk lakukan mammogram setahun sekali sebagai saringa untuk mengesan penyakit ini lebih awal.

Tapi, dengan trend sekarang, ramainya orang muda menghidap kanser, mungkin 30 tahun dah perlu buat ujian ni?

2. Ultrasound – ujian ini adalah untuk mengenalpasti lokasi ketulan dan ciri-ciri ketulan serta kehadiran kelenjar atau nodul limfa di bahagian ketiak.

3. Biopsi atau sitologi – Melalui ujian ini, sebahagian tisu atau sel akan diambil dan penelitian akan dibuat di bawah mikroskop untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut.

4. CT  Scan – Ujian ini akan dilakukan ke seluruh badan untuk melihat sama ada sel kanser sudah tersebar ke organ lain atau tidak.

Rawatan Untuk Ketulan Payudara

Rawatan akan diberikan berdasarkan jenis dan tahap penyakit. Setelah mengetahui punca ketulan payudara, doktor akan cadangkan sama ada nak buang atau jika bukan kanser mungkin tak ada masalah jika tak nak bedah.

Sementara itu, jika ketulan adalah kanser, selain pembedahan, pesakit juga mungkin perlukan kemo atau radioterapi.

Jika Ada Ketulan Pada Payudara, Apa Patut Saya Buat?

Sebaik sahaja mengenalpasti ketulan pada payudara, anda dinasihatkan berjumpa doktor terdekat supaya langkah pemeriksaan lanjut dapat dilakukan. Lagi-lagi jika ketulan tu menyakitkan, mungkin disebabkan jangkitan yang rawatannya adalah lebih mudah.

Sebarang soalan, boleh whatsapp saya di 012 621 1883. Nama saya Fyda.

 

Kalau berminat nak baca nutrisi yang sesuai dan sangat penting untuk penghidap kanser, boleh klik di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Trending Articles