Masih Adakah Harapan Untuk Pesakit Kanser Hidup Macam Orang Normal?
Kanser adalah antara penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Bila disahkan menghidap kanser sebenarnya ramai orang dah putus harapan, dah patah semangat. Tapi ramai juga pesakit kanser yang berjaya melawan penyakitnya hingga kembali sihat seperti biasa. Harapan dalam diri dan sokongan orang sekeliling adalah kunci untuk pesakit-pesakit ini melawan takdir yang menimpa mereka.
Tapi, saya nak berkongsi 1 produk yang boleh membantu untuk tingkatkan kualiti hidup pesakit kanser. Iaitu, Vivix keluaran Shaklee.
Sejak awal kemunculannya, Vivix adalah salah satu suplemen yang mencetuskan kontroversi kerana dikatakan mampu membaikpulih sel dari peringkat DNA dan boleh membantu pesakit-pesakit kronik untuk meningkatkan kualiti hidup. Sebelum dipasarkan, Shaklee telah melaburkan berjuta-juta USD untuk menjalankan penyelidikan ke atas Vivix dan telah dibuktikan melalui ujian makmal bahawa Vivix boleh memberi kesan positif terhadap 4 mekanisme utama penyebab penuaan sel.
Namun begitu, Vivix tetap suplemen, makanan tambahan dan bukannya ubat. Jadi, apa sahaja penyakit anda, mesti dapatkan rawatan daripada saluran yang betul dan Vivix hanyalah sebagai penyokong kepada nutrisi harian.
4 mekanisme utama penuaan sel
1. Kerosakan DNA akan menyebabkan sel rosak. Vivix akan membantu membaikpulih kerosakan DNA sekaligus memelihara sel.
2. Pengawal genetik – Vivix memberi impak positif terhadap pengawalan genetik dengan melambatkan penuaan sel.
3.Tenaga sel berkurang – Mitokondria adalah pusat penjana tenaga dalam sel. Dengan pertambahan umur atau mungkin kerana aktiviti tadikal bebas dalam badan, bilangan mitokondria semakin berkurang. Vivix membantu dengan meningkatkan penghasilan mitokondria dalam sel.
4. Pengumpulan protein AGE (Advanced glycation end products) – Peningkatan protein AGE dalam badan akan menyebabkan kerosakan sel. Vivix berupaya melambatkan pembentukan protein AGE.
Resveratrol, Ramuan Utama Vivix
Resveratrol yang merupakan salah satu ramuan utama Vivix telah dirujuk lebih daripada 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard, National Insitute of Aging, National Cancer Institute dan banyak lagi pusat-pusat yang lain.
Kanser mungkin adalah bidang paling dinamik dari pelbagai sudut dalam penyelidikan mengenai resveratrol. Resveratrol merupakan teknologi semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh menunjukkan ia mampu menghalang pertumbuhan sel kanser pada setiap peringkat. Rseveratrol bukan saja mencegah kanser, malah dikatakan memberi kesan lebih baik kepada rawatan kemoterapi.
Penyelidikan Resveratrol Dan Kanser
Pada asalnya sel manusia semuanya sihat, tapi bagaimana pula ada sel yang boleh jadi kanser? Yang pasti, perubahan ini tidak berlaku dalam 1 malam sahaja. Ia makan masa bertahun-tahun.
Sel-sel badan akan terima mesej daripada gen sendiri ataupun daripada sel-sel lain sama ada mereka perlu terus membiak, rehat ataupun mati.
Dalam sel kanser, mesej yang salah dihantar kerana sel-sel yang rosak biasanya disuruh mati, tapi sel kanser ni mungkin salah dapat mesej atau tak nak dengar, dia akan terus membiak tanpa kawalan.
Bagaimana Resveratrol Menguruskan Sel Kanser
Menghentikan gen kanser
Resveratrol membantu dengan menghantar mesej yang betul kepada sel dengan mengawal proses penyahsetilan dan mengaktifkan umur gen yang lebih panjang. Ini berpontensi mengaktifkan gen untuk menghentikan proses pembiakan kanser.
Menterbalikkan kesilapan DNA
Salah satu punca terjadinya kanser ialah apabila sel yang sudah tua membuat silap dalam meniru DNA sendiri secara terperinci. Kesilapan DNA ini menyebabkan sel tidak berfungsi lagi. Lagi teruk jika dia membiak sebagai sel kanser/
Jadi, dengan mengurangkan kesilapan replikasi DNA, resveratrol boleh meningkatkan usia sel. Ini juga salah satu sebab kenapa resveratrol merupakan pencapaian besar dalam melambatkan proses penuaan.
Kesan anti-kanser
Kajian menunjukkan resveratrol bukan sahaja mampu menghalang pertumbuhan dan pembiakan sel kanser. malah ada saintis yang mencadang resveratrol sebagai rawatan tambahan kepada kanser kerana boleh memberi kesan baik bersama-sama kemoterapi.
Resveratrol menghalang kanser melalui beberapa cara:
1. Menyekat penyerapan estrogen dan androgen, sekaligus membantu mencegah kanser yang dipengaruhi oleh hormon. Contohnya kanser payudara atau kanser prostat.
2. Mengubah gen yang rosak. Apabila gen suatu sel telah rosak, risiko untuk membiak sebagai sel kanser adalah tinggi.
3. Membunuh sel kanser
Resveratrol mampu menghalang sel kanser tanpa memudaratkan sel-sel lain. Kebolehan ini berkait rapat dengan kemampuan Vivix membezakan antara sel normal dan sel kanser berbanding rawatan kemoterapi yang tidak spesifik. Jadi, disamping menyerang sel kanser, sel sihat juga terjejas sama. Sebab tu kita dapat tengok kesan sampingan kemoterapi termasuklah rambut gugur, keletihan, muntah-muntah, cirit-birit dan ulser dalam mulut.
Bertindak sebagai antioksida, resveratrol mampu menghilangkan radikal bebas, mengaktifkan atau menyahaktifkan enzim, gen, hormon dan bahan kimia dalam tubuh yang berkait dengan kanser.
Kajian Mengenai Vivix Dan Keberkesannya Melawan Sel Kanser
Kandungan utama Vivix, iaitu resveratrol memberi impak yang besar dalam merencatkan pertumbuhan kanser. Kanser yang diuji dalam graf di atas dialah kanser kolon atau kanser usus besar. Kanser usus besar adalah antara kanser yang sukar dikesan melainkan melalui ujian saringan.
Bagi orang yang berusia 40 tahun ke atas dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan kanser kolorektal di mana-mana klinik kesihatan.
Kanser prostat adalah antara kanser yang paling lambat merebak. Sungguh pun begitu kanser yang membesar akan menekan saluran kencing dan menyebabkan simptom yang tidak menyenangkan, termasuk susah kencing, kencing berdarah atau kencing tak lawas.
Resveratrol membuktikan kebolehannya merencatkan sel kanser prostat.
Begitu juga kanser payudara yang dikatakan berkait rapat dengan hormon wanita iaitu hormon estrogen. Kajian juga membuktikan bahawa resveratrol mampu merencatkan pertumbuhan kanser payudara.
Punca utama kanser paru-paru ialah asap rokok. Sebab itu ramai orang yang tidak merokok tapi mendapat kanser paru-paru kerana terdedah kepada asap rokok dengan menjadi perokok pasif.
Kanser paru-paru antara yang cepat merebak kerana terdapat banyak salur darah di paru-paru, namun resveratrol sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser itu.
Kebanyakan penyakit kanser terjadi akibat kecuain kita dalam menjaga kesihatan diri. Yang paling penting ialah jaga pemakanan, banyakkan bersenam dan tambahkan makanan tambahan dan antioksida berkualiti dalam pemakanan anda untuk melengkapkan nutrisi dan zat yang menjadi makanan sel.
Vivix sepatutnya diamalkan oleh orang sihat untuk mencegah penyakit, tetapi bagi orang yang dah dapat penyakit, in sha Allah Vivix boleh membantu untuk meningkatkan kualiti hidup.
Untuk tempahan Vivix atau sebarang info kesihatan anda, boleh whatsapp saya di
012 621 1883. Nama saya Fyda.