Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

12 Cadangan Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung

$
0
0

12 Cadangan Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung

Kehamilan adalah sentiasa menjadi perkara terindah dalam hidup seorang ibu. Tak terbayang bagaimana perasaan apabila disahkan hamil. Namun, dengan kebahagiaan ini terdapat juga beberapa kesulitan yang harus ditanggung oleh ibu. Namun, dengan ilmu yang betul dan tindakan yang tepat, kesulitan itu pasti dapat diatasi.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh wanita hamil ialah sembelit. Ada wanita yang malu untuk mengadu masalah ini, jadi diam-diam sahaja sampai masalah ini melarat.

Dalam entry ini, mari kita berkongsi sebab terjadinya sembelit dan cara untuk mengatasinya.

sembelit ketika hamil 7 bulan

Punca Sembelit Wanita Hamil

1. Sembelit akibat perubahan hormon

Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, hormon progesteron akan dibebaskan dengan banyak untuk memastikan penebalan dinding rahim sebagai persediaan untuk zigot menempel. Malangnya hormon ini menyebabkan kebanyakan otot relaks termasuklah otot usus, jadi pergerakan usus menjadi lambat dan menyebabkan lebih banyak air diserap balik ke peredaran darah. Sebab itulah ada wanita hamil akan mengalami sembelit pada awal kehamilan.

2. Sembelit akibat kurang makan dan kurang minum

Wanita hamil yang mengalami muntah-muntah atau loya mungkin akan kurang selera makan. Kurang makan boleh menyebabkan pergerakan usus kurang, tambah-tambah kalau muntah air akan kurang dan menambah kekerasan najis.

3. Sembelit akibat suplemen zat besi

Perubahan kandungan darah dalam wanita hamil biasanya akan menjadinya wanita itu kekurangan hemoglobin atau dipanggil anemia. Zat besi sintetik yang dibekalkan oleh klinik mempunyai kesan sampingan iaitu sembelit kerana hanya sedikit daripada zat besi tersebut diserap ke dalam sistem peredaran darah, manakala zat besi berlebihan akan tinggal dalam usus, bergabung dengan makanan dan membentuk bahan seperti tar yang melambatkan pergerakan usus. Jika sembelit ibu terlalu teruk mungkin ibu ingin mencuba zat besi semulajadi dengan kadar penyerapan yang tinggi yang dapat mengelakkan sembelit. Ibu juga boleh memastikan diet yang tinggi dengan zat besi supaya paras hemoglobin ibu sentiasa berada pada kedudukan yang selamat.

4. Sembelit akibat pemakanan

Kebanyakan makanan harian kita yang telah diproses sama ada produk daripada tepung atau nasi telah kehilangan kebanyakan seratnya, jadi tak hairanlah kalau ibu mengalami sembelit walaupun hanya mengambil makanan yang sama dari dulu.

Tips Mengatasi Masalah Sembelit Dikalangan Ibu Hamil

1. Minum segelas air yang dicampur dengan lemon sebaik sahaja bangum daripada tidur

2. Sebelum makan, cuba minum sesudu minyak kelapa atau minyak zaitun kerana kehadiran minyak ini boleh melembutkan dan memberi pelincir kepada najis. Kalau tak boleh telan minyak, boleh juga ambil dalam bentuk kapsul.

3. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mencuci usus. Lebih di sini bermaksud lebih 6 pinggan sehari.

4. Aktifkan diri dengan berjalan laju atau joging pelan-pelan untuk membantu pergerakan usus. Orang mengandung memang dinasihatkan banyak berehat dan tak buat kerja-kerja berehat tapi tiada alasan untuk tidak bersenam.

5. Minum segelas air bersama psyllium husk yang tinggi dengan serat.

6. Rebus buah-buahan kering seperti aprikot atau prun. Ukurannya setiap setengah gelas buah ini direbus bersama segelas air. Setelah lembut, lenyek hingga hancur dan nikmatinya sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.

7. Makan probiotik setiap hari. Senang kata makan yogurt setiap hari untuk menjaga kesihatan usus. Tapi, masalah dengan yogurt yang ada di pasaran ialah dengan kandungan gulanya tinggi. So, berhati-hati, jangan sampai kena kencing manis masa mengandung pula.

8. Elakkan minuman berkafein. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan selepas minum kopi, mereka akan terus membuang namun kerana mempunyai kesan diuretiks, minuman berkafein dikhuatiri akan menyebabkan dehidrasi yang juga boleh menjadi penyebab sembelit.

9. Pergi toilet segera jika ada rasa nak membuang. Sikap suka menangguh menyebabkan lebih banyak air diserap kembali ke dalam salur darah lalu menjadikan najis lebih keras.

10. Belajar cara pernafasan untuk menggerakkan usus. Senaman ni saya juga di YouTube. Boleh tonton dan belajar.

11. Kalsium dan lecithin
Kalsium dan lecithin dikatakan berfungsi untuk melembutkan najis. Disebabkan wanita mengandung tidak digalakkan makan ubat untuk melembutkan najis, jadi pil kalsium dan suplemen lecithin mungkin salah satu cara untuk mengatasi masalah ini.

12. Magnesium
Magnesium berfungsi untuk mengecutkan otot. Jadi untuk orang sembelit, ia membantu pengecutan otot usus untuk menolak najis keluar.

Produk Shaklee untuk ibu hamil yang mengalami masalah sembelit

Ostematrix
Mengandungi kalsium dan magnesium untuk membantu melembutkan najis

Lecithin / Omega Guard
Bertindak sebagai pelincir untuk melembutkan najis dan melancarkan najis dalam usus

Performance Drink
Meningkatkan tahap hidrasi tubuh, memastikan najis lembut

Vitalea
Tidak ketinggalan Vitalea yang mengandungi zat besi yang mempunyai daya penyerapan yang tinggi untuk mengelakkan zat besi berkumpul dalam usus yang boleh menyebabkan sembelit. Boleh diambil bersama Vitamin C untuk kesan yang optimum.

sembelit ketika hamil tua

 

Kepada ibu-ibu yang dah tak tahan dengan sembelit masa mengandung, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut atau untuk tempahan produk.

Fyda : 012 621 1883


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506