Antibiotik Paling Mujarab Mungkin Dah Tak Berkesan
Macam dah jadi adat atau kebiasaan, bila ibu bapa bawa anak ke klinik kerana demam selsema bial diberikan preskripsi ubat, mereka akan tanya sama ada diberi antibiotik atau tidak. Katanya kalau di klinik swasta, mesti dapat antibiotik dan demam anak-anak cepat kebah dengan antibiotik.
Semasa saya bertugas di ICU, pesakit-pesakit di sana boleh dikatakan pernah rasa semua antibiotik yang kuat. Mungkin 1 senarai panjang untuk antibiotik saja. Bila cuba 1, tak jalan. Tukar lain. Tak juga, tukar lagi. Sampai 1 tahap tak tahu nak bagi antibiotik apa dah. Terpaksa juga teruskan dengan antibiotik yang paling kuat tu untuk melawan jangkitan.
Antibiotik adalah sejenis ubat yang merencat pertumbuhan atau membunuh kuman jenis bakteria. Bukan virus, bukan parasit, tapi bakteria. Jadi, bukan semua jangkitan perlu dirawat dengan antibiotik.
Antibiotik ni ada banyak jenis, bergantung kepada jenis bakteria yang boleh dibunuh. Ada yang memang spesifik untuk bakteria tertentu dan ada yang bertindak ke atas kumpulan bakteria yang sama. Biasanya jika pesakit diihat di klinik dan doktor rasa dia perlukan antibiotik, antibiotik diberikan tanpa mengenal pasti jenis kuman yang menjangkiti pesakit itu. Antibiotik jenis ini adalah yang wide spektrum, yang boleh membunuh mana-mana bakteria dalam kumpulan yang sama. Dan masa yang sama, antibiotik ini mungkin turut membunuh bakteria baik dalam perut kita.
Antibiotik Dah Tak Berkesan
Kajian menunjukkan dah banyak antibiotik yang tak berkesan lagi untuk merawat jangkitan, ataupun dipanggil kerintangan antibiotik (antibiotic resistance). Jadi, untuk jangkitan biasa, contohnya selsema mungkin antibiotik yang lebih kuat diperlukan. Kalau yang biasa-biasa kena bagi, kuman pun ketawa je. Dah tak lut, kata mereka.
Krisis ni bukan saja berlaku di Malaysia, tapi di seluruh dunia. Di Eropah, India, Thailand dan US, ramai pesakit yang memerlukan antibiotik meninggal dunia dan bilangannya meningkat setiap tahun. Malah, ramai yang mengalami kecacatan kekal kerana antibiotik tidak lagi mampu merawat jangkitan mereka dan anggota badan terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain.
Bagaiamana Badan Manusia Boleh Imun Kepada Antibiotik
1. Penggunaan antibiotik yang berleluasa ataupun diberi kepada penyakit yang tak perlu.
Apabila antibiotik digunakan secara berleluasa, ada bakteria dalam badan yang mungkin mengalami kerintangan kepada antibiotik tersebut dan terus membiak dalam badan. Dalam masa yang sama, bakteria itu juga mungkin menyebarkan ciri kerintangan antibiotik kepada bakteria yang lain. Jadi untuk jangkitan dengan simptom yang sama, antibiotik yang sama mungkin tak berkesan pada masa hadapan.
2. Pesakit tidak mengambil antibiotik seperti yang disarankan
Setiap antibiotik ada kekerapan dan tempoh sendiri dan berbeza antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk memastikan kesemua bakteria dibunuh oleh antibiotik tersebut. Namun, kebanyakan simptom penyakit akan mula berkurang bila bilangan bakteria kurang, tapi belum mati sepenuhnya. Bila antibiotik dihentikan waktu itu, bakteria yang lemah tadi akan kembali membiak dan boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.
3. Penggunaan antibiotik dalam bidang pertanian
Tau tak, haiwan-haiwan ternakan kebanyakannya diberikan antibiotik untuk mengelakkan penyakit. Haiwan-haiwan ni bukan ada penyakit pun, jadi maksudnya antibiotik digunakan tanpa keperluan sebenarnya, tapi terpaksa sebab kalau sekor kena penyakit, habislah satu ladang.
Dan kita yang makan daging haiwan itu, jika tak dimasak betul-betul akan menigkatkan risiko untuk dapat bakteria yang mengalami kerintangan antibiotik.
4. Pengawalan jangkitan yang rendah di klinik atau hospital
Setiap anggota kesihatan diwajibkan mengikuti kursus pengawalan jangkitan (infection control). Jika amalan ini tidak dilakukan dengan baik, contohnya doktor yang merawat tak cuci tangan selepas merawat seorang pesakit dan sebelum merawat pesakit lain, doktor itu mungkin punca kuman merebak dari seorang pesakit kepada yang lain.
Sejarah cuci tangan (hand washing) yang menarik, bila doktor yang memperkenal teknik ini merupakan seorang pakar sakit puan. Selepas beberapa tahun diperkenalkan, kematian ibu-ibu akibat demam masa pantang berkurang. Namun, doktor tersebut dikatakan meninggal dunia akibat sifilis, mungkin kerana memeriksa terlalu ramai wanita yang dijangkiti penyakit itu.
5. Amalan penjagaan kebersihan yang diabaikan
Ni fikirlah sendiri. Kawasan rumah kita, adakah bersih? Dalam rumah macammana? Dan amalan penjagaan kebersihan diri.
6. Keputusan ujian makmal yang lambat
Untuk mengetahui kuman yang menjangkiti suatu sampel, sampel itu perlu dibiakkan untuk beberapa hari. Bila diketahui jenis bakteria itu, rawatan adalah lebih mudah sebab boleh gunakan antibiotik yang khas untuk bakteria tersebut dan risiko berlaku kerintangan dikurangkan. Dalam kes yang perlukan antibiotik, doktor terpaksa mulakan apa-apa antibiotik yang tidak spesifik dan risiko kerintangan adalah lebih tinggi.
Kenapa Kerintangan Antibiotik Adalah Masalah Dunia?
Apabila terdapat kerintangan antibiotik, kita tak dapat lagi merawat jangkitan-jangkitan yang biasa berlaku dengan berkesan. Jadi, seseorang itu mungkin akan menderita sakit lebih lama, terpaksa menanggung kecacatan atau mungkin berakhir dengan kematian.
Disamping itu, prosedur yang memerlukan perlindungan antibiotik seperti pembedahan pemindahan organ, pesakit yang mempunyai sistem imun rendah, seperti pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, pesakit kencing manis dan pembedahan yang besar seperti caeserean, pembedahan usus dan tulang berada dalam risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan dan sukar untuk dirawat.
Bagaimana Membantu Mengurangkan Kerintangan Antibiotik?
1. Ikut nasihat doktor
Kalau doktor kata tak perlu antibiotik dan dia tak nak bagi, tak perlu pergi beli antibiotik di farmasi. Memang ada sesetengah farmasi yang jual antibiotik tanpa perlu prekripsi doktor.
Jika dapat antibiotik, makanlah dengan sukatan yang betul yang telah ditetapkan. Sebelum nak makan antibiotik, bagi masa kepada sistem imun badan untuk bertindak balas terlebih dahulu.
Jangan berkongsi antibiotik dengan orang lain, walaupun penyakit yang sama dan jangan makan lebihan antibiotik yang sudah tak dimakan.
2. Amalkan penjagaan kebersihan diri dan tempat tinggal
Kebersihan diri dan keluarga mesti dijaga. Cuci tangan sebelum makan dan selepas keluar dari tandas. Kebersihan dalam dan luar rumah juga perlu dititik beratkan.
3. Tingkatkan kesihatan sistem imun.
Susu ibu
Sejak mengandung lagi, ibu perlu ada azam untuk menyusukan bayi apabila dia lahir nanti. Susu pertama bayi iaitu kolostrum sangat kaya dengan antibodi dan susu ibu mengandungi komponen sistem imun seperti sel darah putih dan immunoglobulin A untuk perlindungan bayi sehingga 6 bulan. Apatah lagi bayi dibawah 6 bulan tidak menghasilkan imun sendiri.
Susu ibu adalah sejenis imunisasi secara pasif.
Imunisasi
Kita beruntung kerana Malaysia mempunyai program imunisasi yang terancang dan kerajaan memastikan setiap anak disuntik mengikut jadualnya. Tujuan vaksin adalah untuk merangsang tindak balas imun kanak-kanak terhadap antigen tertentu. Ini membantu anak mengeluarkan antibodi untuk menentang penyakit berkenaan. Sebenarnya tujuan vaksin adalah untuk mengelakkan komplikasi penyakit kerana kebanyakan penyakit yang diwajibkan vaksin boleh menyebabkan komplikasi otak dan menyebabkan kematian.
Persekitaran yang bersih dan selamat
Sekitar rumah perlulah bersih untuk mengelakan anak terdedah kepada habuk dan kotoran yang boleh menyebakan alahan dan keradangan kulit, batuk atau selsema. Selain itu persekitaran rumah yang tak dijaga memberi peluang kepada nyamuk membiak dan 1 keluarga berisiko mendapat denggi. Kena denda lagi tau.
Kebersihan anak-anak juga perlu dijaga. Contohnya mandi 2 kali sehari. Ajar mereka mencuci tangan dengan sabun selepas keluar tandas dan sebelum makan.
Salah 1 risiko merebaknya penyakit ialah keadaan yang padat (overcrowding), iaitu terlalu ramai orang dalam 1 rumah. Elakkan hantar anak ke taska yang terlalu ramai orang untuk elakkan overcrowding. Bukan itu sahaja, kualiti penjagaan juga mungkin berkurang.
Jauhkan dari asap rokok dan pencemaran udara
Mungkin ramai yang terlepas pandang bahayanya asap rokok. Jika ada ibu atau bapa yang merokok di dalam rumah, anak-anak secara tak langsung akan menjadi secondhand smoker. Berdasarkan kajian epidemiologi, risiko bagi kanak-kanak mengalami jangkitan paru-paru (pneumonia) dan kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome) adalah lebih tinggi dikalangan mereka yang terdedah kepada asap rokok.
Pemakanan yang seimbang dan sihat
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak mendapat 25% kalori harian daripada makanan ringan dan kentang goreng adalah sumber utama pemakanan mereka. Hal ini bukan sahaja mendedahkan mereka kepada kekurangan zat makanan, malah kelemahan sistem imun.
Selain daripada makanan yang halal dan bersih, piramid makanan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia boleh djadikan panduan untuk menyediakan makanan berkhasiat dan bernutrisi kepada anak.
Tapi, yang menjadi masalah, mungkin di rumah ibu menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak, tapi di sekolah kita pun tak tahu apa jenis makanan yang dia makan di kantin. Tapi, ibu tak perlu risau kerana saya ada cadangan makanan tambahan untuk meningkatkan imuniti anak-anak.
Makanan tambahan untuk tingkatkan sistem imun
1. Nutriferon
Suplemen yang mengaktifkan interferon yang merupakan sekumpulan protein yang terlibat dalam menentang kuman yang masuk ke dalam badan kita.
Formula yang digunakan oleh Shaklee adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Nutriferon yang telah dipaten secara ekslusif diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.
Menggunakan ekstrak 4 tumbuhan yang mendorong pengeluaran interferon semulajadi tubuh.
- Biji labu : mendorong pengeluaran interferon. Jangan tak tau, Rasulullah pun suka makan biji labu.
- Biji Plantago asiatica : Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imuniti tubuh.
- Honeysuckle Jepun : Menentang kuman yang menceroboh
- Safflower : Meningkatkan fungsi darah putih untuk memusnahkan kuman
Vitamin C
Diketahui sejak zaman berzaman boleh merangsang sistem imun untuk menentang kuman yang masuk ke dalam badan.
Vitamin C untuk kanak-kanak mudah dikunyah dengan dos yang disesuaikan dengan keperluan mereka.
Vitalea untuk kanak-kanak
Mengandungi 18 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, sihat dan kuat.
Saya suka highlightkan kandungan zat besi dalam multivitamin ini yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ramai kanak-kanak mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia bukan sahaja boleh menjejaskan pertumbuhan anak, malah turut merencatkan sistem pertahanan tubuh.
Mengandungi pemanis semulajadi dan berperisa anggur yang digemari oleh kanak-kanak. Juga bebas gluten dan sesuai untuk mereka yang mengalami alahan.
Testimonial Nutriferon
Anak saya demam malam dari Sabtu lagi. Panas sampai 40 suhunya. Dah p klinik tapi still tak sembuh. Hari ini ingat nak bawa p jumpa paed kalau still tak ok. Semalam bagi nutriferon kat dia. Masa nak bagi memangla mengamuk sakan. Lepas makan nutriferon tu dia tidur. lama dia tidur dari asar sampai maghrib. selalu time tu dia tak tidur. Bangun je tidur, alhamdulillha, ceria terus. Cakap macam-macam. Malam tadi pun dia tidur lena dan badan pun dah tak panas. Huhu lega sangat. Lepas ni kena pastikan stok nutriferon sentiasa ada.
~Puan Ainul Fadzilah Mustafa
Untuk kesihatan anak-anak dan keluarga, memang kena ada stok nutriferon ni kat rumah. Kebetulan bulan ni (November, 2016) Shaklee buat promo Nutriferon.
Beli 6 percuma 1
atau
Beli 2 dapat diskaun 5%
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan nutriferon dengan harga murah dan sangat menguntungkan. Kalau nak berjimat bolehlah share dengan saudara-mara atau kawan-kawan. Mesti semua nak anak sihat-sihat belaka.
Sebarang pertanyaan atau tempahan produ, boleh hubungi saya:
Fyda Noh : 012 621 1883