Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Bagaimana Soya Berkualiti Boleh Meningkatkan Kesuburan

$
0
0

Bagaimana Soya Berkualiti Boleh Meningkatkan Kesuburan

Semalam duk gosip-gosip dengan geng Shaklee, ada sorang baru lepas bersalin. Sorang lagi pula baru tahu mengandung. Pass baton betul la dorang ni.

Tapi, memang ramai yang selepas makan vitamin Shaklee jadi subur-subur belaka. Pada waktu ni, memang ramai yang tengah mengandung, dan ada yang tengah sarat tunggu masa, tapi masih aktif buat Shaklee, untuk memenuhi keperluan anak yang bakal lahir.

Sebab tu, kalau tengok ibu-ibu Shaklee ni memang ramai yang pergi mana-mana dukung baby. Ada event ka, beli barang, pos barang pun duk usung baby. Dan semuanya tak menjadi penghalang untuk buat bisnes sebab anak itulah punca rezeki, bukannya pengacau.

Sebab tu ramai yang buat Shaklee ialah golongan wanita, sebab Shaklee adalah salah 1 bisnes yang mengutamakan keluarga. Dalam kelas anjuran Shaklee atau konferens pun, macam taska dah rupenya.

Kalau ada ibu-ibu yang anak ramai dan masih kecil. Bercadang nak tambah pendapatan keluarga, nak tolong suami. Atau ada impian yang ingin dicapai, Shaklee adalah antara bisnes yang boleh dipertimbangkan.

Apatah lagi salah 1 killer produk dia, Energizing Soy Protein (ESP) yang memang sangat diminati oleh ramai kaum wanita. Apa taknya, memang nampak sangat perbezaan dari segi luaran dan dalaman lepas minum ESP.

Saya sendiri, lepas 3 tahun konsisten ESP, memang nampak sangat perubahan pada kulit. Kalau dulu berminyak, kusam, gelap sikit. Tapi sekarang kurang la berminyak dan nampak glowing sikit-sikit. Tak ada la flawless tapi, berbeza lah daripada dulu. Dan kalau cakap dah ada dua anak, orang macam terfikir betul ke ni.

bagaimana meningkatkan kesuburan wanita

Bagaimana ESP Shaklee boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita.

Sebut pasal kesuburan tadi tu, ESP Shaklee memang boleh bantu untuk meningkatkan kesuburan wanita,

1. Untuk yang masalah kitaran haid, ovulasi tak teratur atau tiada ovulasi, ESP yang mengandungi phytoestrogen boleh bantu seimbangkan hormon wanita.

Phytoestrogen ni, struktur dia sama macam estrogen tapi aktiviti dia lagi rendah berbanding estogen. Estrogen yang tinggi boleh menjejaskan kesuburan dengan menghalang ovulasi. Keadaan ini sama dengan penggunaan pil perancang. Jadi phytoestrogen melekat pada reseptor yang sama tapi sebab aktivitinya lebih rendah, jadi dia akan bertindak seperti estogen normal.

Masalah hormon estrogen berlebihan ni sebenarnya bukan hormon normal kita, tapi ada banyak sebab kenapa estogen boleh tinggi dalam badan;

~~Pemakanan yang tidak berkhasiat, termasuk makanan proses yang berlebihan. Kekurangan vitamin B6 dan magnesium dikatakan boleh meningkatkan paras estrogen.

~~Berat badan berlebihan

~~Tekanan yang tidak dikawal dengan baik

~~Estrogen daripada persekitaran

Estrogen daripada sumber luar dan pemakanan yang tak sihat ini dipanggil xenoestrogen. Xenoestrogen juga meniru fungsi estogen, tapi berbahaya. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit xenoestrogen mampu merosakkan fungsi sistem hormon.

Sedangkan phytoestogen adalah sumber semulajadi dan selamat.

2. ESP juga minuman protein yang lengkap asid amino, termasuk asid amino perlu. Asid amino perlu tak dihasilkan oleh badan kita dan perlu diambil daripada pelbagai jenis makanan sebab setiap makanan mungkin bekalkan 1 atau 2 jenis asid amino. Jadi, nak cukupkan 9 asid amino tu mungkin perlu makan 9 jenis makanan. ESP pula makanan lengkap dengan semua asid amino tersebut.

Asid amino adalah asas kepada pembinaan sel. Macam batu-bata adalah asas pembinaan bangunan. Jika dah cukup asid amino tu, mestilah sel yang bagus dan berfungsi lebih baik yang akan dihasilkan. Setiap sel kita ada jujukan asid amino tersendiri untuk hasilkan DNA bagi menentukan fungsi sel tu. Tanpa 1 asid amino, sel yang normal tak terbentuk.

Ini termasuk juga sel telur. Wanita ni, bila dilahirkan memang dah ada sel-sel telur dalam kedua-dua ovari. Sel telur ni belum matang. Bila dah datang haid, telur akan dibebaskan satu demi satu bila tiba waktu subur. Tapi telur tu juga mudah untuk dirosakkan oleh radikal bebas. Jadi, kalau ada telur tapi tak berkualiti, nak buat apa kan?

Kalau untuk suami pula, ESP juga membantu hasilkan sel sperma yang lebih berkualiti. Jadi, suami dan isteri, dua-dua boleh minum ESP ni.

hamil dalam 3 bulan

3. Bagi yang kesuburan terjejas sebab berat badan berlebihan dan kolesterol tinggi, ESP bantu mengawal berat badan dan menurunkan paras kolesterol. Kolesterol yang tinggi juga boleh mengganggu kesuburan.

Kolesterol tinggi akan ditukar jadi estrogen. Bila estrogen tinggi, sama lah macam makan pil perancang, kesuburan akan terganggu sebab hormon untuk mematangkan telur tak dapat dihasilkan.

4. ESP juga membantu mengawal paras gula. Gula yang tinggi boleh merosakkan sel badan termasuk sel telur, boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan janin. Jadi, sebab tu elakkan makan gula berlebihan. Tambah-tambah lagi gula berlebihan boleh mendedahkan diri kepada penyakit kencing manis.

Kalau termengandung dan ada penyakit kencing manis, dah jadi kandungan berisiko.

Sebab tu lah, orang yang minum ESP ni subur-subur belaka. Bila sel dah elok, fungsinya juga elok.

Set Kesuburan Shaklee

Tapi, saya lagi suka cadangkan SET KESUBURAN bagi pasangan-pasangan yang sedang berikhtiar untuk dapatkan zuriat. Selain protein, badan kita memerlukan zat dan vitamin asas yang sudah berkurang dalam badan kita.

tips cepat hamil

1. GLA yang digunakan sejak zaman-berzaman dalam minyak primrose dipercayai membantu mengimbangkan hormon wanita. Jika wanita mengalami haid yang tidak teratur atau cyst. GLA juga menghasilkan cecair yang boleh memanjangkan jangka hayat sperma di dalam rahim isteri dan meningkatkan peluang untuk proses persenyawaan.

2. Zink adalah antara mineral yang tertinggi dalam prostat lelaki berbanding organ lain. Zink membantu kesuburan lelaki dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

3. Vitamin E yang lengkap dengan selenium pula membantu kesuburan lelaki dengan meningkatkan kualiti air mani dan pergerakan sperma. Sperma yang aktif akan meningkatkan peluang persenyawaan.

4. Vitamin asas ; multivitamin, B Complex yang mengandungi asid folik dan vitamin C membantu membekal nutrisi atau zat yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik sebagai persediaan kehamilan dan mengelakkan masalah kepada bayi.

Testimonial Set Kesuburan Shaklee

Testimonial 1

Hari ini saya nak share pengalaman diri sendiri pula. Tahun 2011 saya keguguran 2 kali. Then, sepanjang tahun 2012 saya berazam nak mengandung lagi memandangkan anak 1st dah 4 tahun. Allah itu maha kuasa dan Dia jugalah yang memberi rezeki, dari awal tahun sampai ke tengah tahun saya mencuba tiada lagi rezeki. Macam2 product kesuburan saya guna. Sehinggalah bulan 6 20012 saya terjumpa FB @Farah Alias dan saya bertanyakan tentang set kesuburan. Cadangan yang diberikan supaya mengambil Set B + GLA + ESP. Saya start dengan ESP, bulan seterusnya ambil set B dan bulan seterusnya lagi ambil GLA. 3 bulan ambil GLA. Saya suruh suami pula amalkan zink dan vitamin E. Alhamdulillah, bulah seterusnya iaitu pada bulan December 2012 dengan izin Allah saya disahkan pregnant. Sekarang kandungan dan 3 bulan. Alhamdulillah syukur pada Allah. Sekarang ni saya teruskan pengambilan supplement dengan set kehamilan pula.

Jika ada yang merancang untuk hamil, sebaiknya tahu apa masalah yang menjejaskan kesuburan tu. In sha Allah Shaklee menyediakan nutrisi yang baik untuk membantu anda mendapatkan zuriat.

Boleh whatsapp saya untuk tempahan atau info lanjut

Fyda Noh : 012 621 1883


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506