Makanan Untuk Mengecutkan Fibroid, Ikhtiar Sebelum Dibedah
Fibroid adalah ketumbuhan yang benign iaitu tidak akan menjadi kanser yang tumbuh di dalam uterus atau rahim; setakat ni para pengkaji belum menjumpai sebab ketumbuhan ini terjadi, namun sering dikaitkan dengan hormon.
Walaupun secara relatifnya tidak berbahaya namun fibroid boleh membesar dan masa itu akan menjadi beberapa masalah seperti pendarahan rahim yang lama dan berlebihan, atau boleh menekan organ lain seperti pundi kencing dan menyebabkan kesukaran kencing atau asik nak kencing saja dan kesakitan jika menekan saraf.
Lebih 50% wanita berusia lebih 40 tahun mendapat fibroid dan menjadi punca 1/3 kemasukan ke wad sakit puan.
Jika kecil dan tidak menyebabkan apa-apa masalah, pengamal perubatan lebih cenderung untuk ‘tunggu dan lihat’ kerana biasanya fibroid akan hilang selepas menopause. Ada juga sesetengah orang diberi ubat supaya menopause awal, biasanya untuk jangka masa yang singkat supaya fibroid mengecut dan biasanya dibuat untuk persediaan melakukan pembedahan.
Jika berlaku pendarahan, doktor mengesyorkan ubat berasaskan hormon progesteron untuk menghentikan pendarahan.
Jika perlu, pembedahan membuang fibroid boleh dilakukan. Jika fibroid terlalu teruk atau dalam situasi tertentu, pembedahan untuk membuang rahim akan disarankan.
Makanan yang mungkin boleh membantu pesakit fibroid
Bawang putih dan bawang merah
Bukan yang cerita lagenda tu ok.. memang bawang putih dan bawang merah di dapur rumah anda. Kerana kandungan anti oksida yang tinggi dan bersifat anti radang. Disamping menggalakkan sistem imun, bawang putih dapat menghalang pertumbuhan fobroid itu. Paling bagus dimakan mentah kerana nutrien boleh musnah apabila dimasak
Kekacang
Kekacang kaya dengan phytoestrogen menghalang pembentukan fibroid. Kekacang juga kaya dengan fiber yang mungkin boleh membantu perawatan fibroid. Soya adalah antara kekacang yang kaya dengan phytoestrogen.
Badam, walnut dan biji bunga matahari adalah sumber yang kaya dengan asid lemak dan protein. Kacang Brazil yang kaya selenium bagus untuk lapisan rahim yang sihat. Anda juga boleh mendapat selenium dari sini.
Buah dan sayuran
5 -7 hidangan buah atau sayur perlu dimakan setiap hari, terutama sayuran hijau dan berdaun.Brokoli, terutama batangnya mengandungi enzyme yang terbukti merencatkan pertumbuhan tumor ini dalam ujian makmal ke atas haiwan. Manakala Kale (sejenis kubis liar) mengandungi sejenis bahan kimia yang yang dipanggil isothiocyanate yang dipercayai dapat menghalang pertumbuhan tumor ini.
Buah-buahan pula mengandungi banyak vitamin C.
Makanan yang kaya dengan fiber
Menurut Dr Ronald Hoffman – makanan kaya dengan fiber akan mengurangkan estrogen didalam darah. Bila estrogen kurang, risiko untuk mendapat fibroid juga berkurangan.
Minyak ikan
Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu menurunkan paras lemak dan membuang estrogen yang berlebihan dalam badan. Pilih minyak ikan terbaik.
Air masak
Tiada kalori tetapi menolong membuang toksin dari badan dan menolong fungsi hati dalam mengimbangkan hormon. Ini akan mengelakkan peningkatan estrogen dan mengelakkan pertumbuhan fibroid. Kita disarankan minum kurang lebih 3 likter sehari.
Bagaimana kurangkan saiz fibroid ke 3cm?
Nutrisi yang baik dan mencukupi adalah kunci untuk menjaga kesihatan, termasuklah masalah fibroid juga sangat berkait rapat dengan pemakanan.
Ramai yang menyalahkan soya yang mengandungi phytoestrogen yang dikatakan punca hormon estrogen meningkat sehingga menyebabkan fibroid. Betul, hormon estrogen yang tinggi adalah antara faktor risiko fibroid.
Estrogen adalah hormon yang menggalakkan pembahagian sel dan pembinaan sel baru termasuk di uterus. Apabila sel membiak dengan giat, risiko typo pada DNA adalah tinggi. Bayangkan kita tak siap assignment tapi esok pagi kena hantar. Malam sebelumnya sibuk duk tiru kawan punya. Dah tentu salin dengan laju dan peluang untuk buat banyak silap adalah tinggi. Jadi, begitu juga dengan sel kita bila terlalu cepat membahagi, risiko salah copy DNA adalah tinggi. Sel dengan DNA adalah sel yang rosak. Sel yang rosak ini akan membiak menjadi fibroid.
Phytoestrogen sebenarnya tak bersalah kerana aktiviti estrogennya sangatlah rendah. Tapi makanan yang membantu menyebabkan fibroid ialah makanan yang mengandungi xenostrogen.
Xenostrogen ialah bahan kimia yang sama dengan estrogen tapi beracun. Xenostrogen adalah pengacau hormon yang sebenar, bukanlah phytoestrogen. Banyak bahan kosmetik dan makanan kita sekarang mengandungi xenostrogen. Antaranya ialah bahan plastik, polisterin, skin care yang mengandungi paraben dan racun rumpai dan racun serangga. Segala pencemaran keliling kita juga mengandungi xenostrogen.
Disamping itu, pendedahan kepada bahan-bahan ini turut meningkatkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas ini turut menyebabkan kerosakan pada sel, sehingga terjadinya ketumbuhan.
Jadi, sebab itu salah satu produk Shaklee yang mengandungi antioksida yang sangat kuat iaitu polifenol adalah salah satu ikhtiar untuk memelihara kesihatan dan mengembalikan kualiti hidup. Lihat saja testimoni di bawah.
Ramai pengguna Vivix memberikan feedback yang positif terhadap saiz fibroid. Namun, Vivix bukanlah ubat untuk merawat, tetapi membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk melawan penyakit.
Jadi, Vivix memang sepatutnya terus diamalkan, bukan berhenti bila fibroid dah kecut sebab Vivix bukan ubat. Bila kita berhenti makan dan jadi balik, maknanya badan kita tak cukup nutrien tersebut dan haruslah diambil secara konsisten. Walaupun kita cuba jaga makan macammana pun, agak mustahil untuk cukupkan nutrisi kerana nutrisi makan memang sudah kurang dalam makanan kita.
Ada pelbagai cara untuk berikhtiar menghilangkan fibroid, tapi Vivix adalah antara yang terbaik kerana merupakan suplemen semulajadi yang dijamin berkesan dan selamat.
Kalau nak cuba, boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi.
Fyda – www.wasap.my/60126211883