Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

4 Tanda Buang Air Besar Berdarah Mungkin Buasir

$
0
0

4 Tanda Buang Air Besar Berdarah Mungkin Buasir

Dikalangan masyarakat kita, buasir adalah sesuatu yang memalukan dan tidak tidak patut dibincangkan secara umum. Walaupun mereka mengalami masalah buasir, rahsia itu perlu disimpan sehinggalah mereka berasa sakit, buasir sudah tidak boleh dimasukkan lagi atau mereka kerap berak berdarah.

Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada salur darah yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Buasir terjadi apabila terdapat tekanan pada bahagian rektum yang menyebabkan dinding saluran darah di bahagian itu meregang, mengembang dan membonjol. Jika dibiarkan, ia boleh pecah.

berak berdarah dan sakit perut

Sumber gambar : Kenneth Brown, MD.

Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman

Buasir dalaman terjadi apabila saluran darah di atas mengembang di bahagian dalam rektum. Biasanya buasir jenis ini tidak terasa sakit atau gatal kerana terletak jauh di dalam. Namun, jika saiz yang besar buasir ini boleh mengganggu laluan najis dan permukaan buasir boleh tercedera yang mengakibatkan pendarahan.

Buasir luaran

Buasir ini terjadi apabila saluran darah membengkak di bahagian dubur dan selalunya menyebabkan simptom seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Buasir ini juga mudah berdarah apabila terdapat tekanan daripada najis.

Jika buasir ini membesar dan tersepit, bekalan darah akan terputus. Apabila terjadinya pembekuan darah, simptomnya adalah kesakitan yang amat sakit.

Peringkat-peringkat buasir

Buasir mempunyai 4 peringkat. Sudah tentu berjumpa doktor pada peringkat pertama sangat-sangat digalakkan untuk mengelakkan penyakit melarat sehingga sukar untuk dirawat.

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan mungkin bengkakan kecil yang menonjol keluar.

Tahap 2

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar apabila ada tekanan, iaitu ketika membuang air besar,tetapi secara spontan akan masuk balik selepas membuang air besar.

Tahap 3

Keadaanya sama seperti tahap 2, tapi bengkak tersebut hanya akan masuk balik jika ditolak secara fizikal. Maksudnya perlu tolak masuk dengan jari.

Tahap 4

Buasir yang keluar tidak dapat lagi ditolak masuk dengan jari. Risiko untuk berlaku pendarahan setiap kali membuang air besar adalah tinggi. Memang sakit dan penyelesaiannya ialah pembedahan.

Penyebab buasir

1.Tekanan pada bahagian dubur

Saluran darah di bahagian dubur adalah sangat sensitif kepada tekanan, dan pertambahan tekanan boleh menyebabkan buasir. Tekanan ini hanya terjadi kepada manusia sahaja yang azalinya berdiri di atas 2 kaki. Dalam keadaan ini, tekanan pada saluran venous di kawasan dubur adalah 3 kali ganda berbanding binatang yang berkaki 4.

2. Sembelit

Apabila berlaku sembelit, najis adalah lebih keras, besar dan kering. Jadi, tekanan yang lebih kuat diperlukan untuk menolaknya keluar. Peningkatan tekanan kepada saluran darah di bahagian dubur boleh menyebabkan buasir.

3. Berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan juga boleh memberi tekanan yang lebih kepada salur darah di dubur.

4. Mengandung

Semasa mengandung, tekanan wujud daripada rahim yang kian membesar. Selain itu, kerana isipadu darah dalam wanita mengandung juga bertambah, maka tekanan kepada saluran darah juga turut meningkat. Hormon ketika mengandung yang menyebabkan otot-otot usus mengendur lebih memburukkan keadaan apabila pergerakan usus semakin lambat dan boleh menyebabkan sembelit.

Tanda-tanda penyakit buasir

1. Kegatalan pada bahagian dubur

2. Pendarahan yang berlaku selepas membuang air besar dan rasa kepanasan pada bahagian dubur. Darah mungkin menitis atau tersembur keluar dari dubur.

3. Sukar membuang air besar dan rasa tidak selasa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau mencangkung.

4. Kesakitan pada bahagian dubur, sehingga mungkin mengubah corak seseorang membuang air besar.

5. Dubur membengkak, mengeras dan tidak boleh ditolak masuk.

Rawatan buasir

Rawatan yang paling baik untuk buasir sudah tentu mencegahnya. Pemakanan yang tinggi serat, sentiasa bergerak aktif dan minum air secukupnya boleh mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Namun, jika sudah terjadi buasir, sebaiknya berjumpa doktor dengan segera untuk rawatan supaya tidak perlu menanggung komplikasinya.

Pengguna Shaklee sangat berpuashati

Ramai orang yang berak berdarah malu sangat nak jumpa doktor, kononnya masalah sensitif sangat. Tak boleh macam tu, kena jumpa doktor dulu. Biar doktor cek dulu apa punca masalah sebenar.

Dalam masa yang sama, tak da masalah juga nak ikhtiar cara lain.

Ramai sudah pengguna vitamin Shaklee berpuashati apabila masalah buasir semakin baik selepas mengamalkan Vivix dan OmegaGuard.

Vivix memang terbaik untuk mengawal penyakit-penyakit kronik temasuk kencing manis, darah tinggi, kanser dan endometriosis. Ramai juga pengguna Vivix yang nengalami masalah kesuburan mendapat berita gembira tak lama selepas itu.

berak berdarah lepas bersalin

 

Jika anda nak tempah produk dan konsultasi, boleh hubungi saya Fyda Noh di

012 621 1883.

Kalau ada debit atau kredit kad dan buat belian sendiri, boleh klik link ini : Tiada lagi masalah sembelit


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Trending Articles


FORMAT BAHARU SPM – BINA KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN.


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 2


MBKS guna WhatsApp terima aduan orang ramai


Pantun Dari Kerana Mata....


Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik


Restoran Nur, Sri Gombak


Video Lucah Persis Zul Ariffin Tersebar; Kelab Peminat Mohon Sokongan,...


Kasut Travel Paling Selesa