Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Tips Melancong Ke London Bersama 2 Anak Kecil

$
0
0

Tips Melancong Ke London Bersama 2 Anak Kecil

Peluang dapat tiket promo Qatar Airways ke UK dan Europe sebanyak RM3000++ sahaja untuk 2 dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi memang kami tak lepaskan. Apa lagi memang dah jadi impian untuk melawat Eiffel Tower. Tapi, tempoh travel selama 10 hari, memang agak lama sikit. So, kena minta cuti 2 minggu. Nampak macam mustahil, tapi gamble juga beli. Alhamdulillah, Allah izinkan kami teroka bumiNya. Walapun mula-mula ada rintangan sikit, tapi ok, kami sampai juga.

Duit ini adalah hasil kami kumpul sikit-sikit dalam tabung travel kami. Alhamdulillah, mentor Shaklee di iReach sangat galakkan kami travel sampai suruh wujudkan 1 tabung khas untuk travel. Banyak faedah travel ni. Yang paling penting, kita lebih kenal Allah dengan melihat banyak lagi kecantikan alam ciptaannya.

travel ke london percuma

Ni saja gambar keluarga yang ada

Flight kami transit di Doha Airport sebelum bertolak ke Heathrow Airport, London. Kami sampai dalam pukul 6 petang. Urusan imigresen sangat mudah dan lancar. Mungkin sebab kami bawa budak.

Kami memilih untuk tinggal di hotel Royal Norfolk di Paddington. Sebenarnya tapi tak explore pun Paddington ni. Sebab kami singgah London cuma 3 hari saja, tapi kami pilih hotel berpatutan dekat dengan Stesen keretapi.

Hari Pertama di London

Awal-awal pagi dah keluar menapak ke stesen keretapi. Kalau nak jalan-jalan kat London, lebih baik beli kad prepaid – Oyster kad atau travel kad (untuk perjalan 1 – 7 hari). Tiket boleh dibeli di mana-mana stesen keretapi. Nak top up pun kat mesin juga. Masalahnya kat Stesen Paddington tu, tiket hanya boleh dibeli melalui mesin saja dan mesin tu tak terima duit 50pound. Tiket tu harganya 5pound dan boleh terus top up. Jadi, sediakan duit kecil siap-siap.

Jimat banyak guna Oyster kad ni, dalam 50% juga. Boleh guna untuk naik tren dan bas. Install siap-siap peta tube. Tube ni memang ada banyak sangat. Dia bezakan dengan warna. Kena tengok betul-betul line dia kat mana. Dalam satu stesen boleh ada banyak-banyak line, tapi tempat berbeza.

Masalahnya stesen tube ni, tangga dia tinggi. Ada yang tak ada eskalator atau lift. So kalau bawa stroller memang azab sikit nak ngangkut. Jadi, kalau nak travel saya rekemen Pockitt Plus. Senang sangat nak membuka dan menutupnya. Lagipun, boleh lipat bawa masuk kabin flight, tak perlu letak dalam kargo.

Bas pula memang senang nak naik, bersepah-sepah. Tapi kena cek route dan nombor bas yang betul. Kami lagi suka naik bas sebab boleh nampa pemandangan dan lagi mesra stroller, sebab dia boleh rendahkan lantai bas sama dengan bahu jalan. So, senang nak lompat je terus dan ada ruang untuk letak stroller, at least muat 2 biji.

Tujuan pertama kami ialah Trafalgar Square. Kami naik tube menuju ke Charing Cross. Antara perhentian tube yang berdekatan dengan Trafalgar Square ialah Embankment, Leicester Square, Piccadilly Circus, dan Charing Cross.

Dari Chasing Cross berjalan saja ke Trafalgar Square yang berdekatan dengan National Gallery. Trafalgar Square ni dulunya laman diraja yang dah wujud 200 tahun lalu sebelum dipindahkan ke Buckingham. Sekarang jadi daya tarikan pelancong ke London dan juga tempat demonstrasi, perhimpuan dan sebagainya selepas di buka kepada orang awam.

Dari Trafalgar Square, kami berjalan kaki menuju ke Big Ben. Sepanjang perjalanan tu, banyak tinggalan sejarah macam tugu-tugu di tengah jalan. Sempat kami berhenti untuk bergambar dengan pengawal berkuda di Horse Guard Parade. Memang pengawal tu naik kuda. Nasib tak kena tendang dengan kuda.

Akhirnya sampailah ke Big Ben. Tempat tu namanya Westminster. Kat sana juga ada Eye of London. Jalan-jalan kat Westminster bridge tu dengan bahagia.

Nak cerita ni, esoknya alhamdulillah kami pergi Manchester. Sebabnya ada insiden yang terrorist tembak polis tu. Yang ada budak kena langgar tu di Westminster bridge tu lah. Sehari sebelum tu baru kami berseronok-seronok situ. Ya Allah..

Sekitar tu pun ada tempat-tempat menarik, tapi kami sampai Big Ben je. London Bridge Tower pun tak pergi. Dari Westminster station, kami nak ke Oxford Street, tempat terletaknya Primark, tempat shopping yang murah tu. Baju pun baru 1 – 50pound. Kalau ikut itinerary kami buat dari rumah, sepatutnya menuju ke Marble Arch Station. Tapi sebab kami tanya mak cik keje kat stesen tu dia suruh ke Green Park, so kami ikut saja.

Sampai di Green Park station, kami kena merentas Hyde Park. Tapi oklah, sebab dekat dengan Hard Rock Cafe, memang suami nak pergi situ. Dan kami boleh berhenti rehat di taman sambil makan-makan bekalan nasi Brahim yang kami bawa. Senang je, rendam dalam air panas saja.

Petang tu memang kami jalan-jalan je sekitar Kota London. Paling menarik bila nampak signboard Notting Hill. Terbayang movie lakonan Hugh Grant dan Julia Roberts. How romantic..

Aktiviti shopping kami sampai gelap lah. Dari sini kami balik naik bas sebab bus stop lebih dekat dengan hotel berbanding stesen keretapi.

Sampai sini sahaja hari pertama kami di London. Malam-malam kami tak keluar sebab dah penat dan faktor keselamatan. Bahaya kot bawa budak-budak malam-malam kan? Kalau kami berdua saja ok kot.

Esoknya kami berkunjung ke Manchester pula. Saya continue dalam entry lain.

melancong ke london, paris, amsterdam

Di Airport Heathrow, London

melancong ke london

Oyster kad yang kami beli melalui mesin.

 

melancong ke london, paris, amsterdam

Di Stesen Charing Cross

 

Trafalgar Square

Di Trafalgar Square

 

Horse Guard Parade

Horse Guard Parade

 

Melancong ke London 2017

Vivix di Big Ben

 

Inilah sedikit sebanyak gambar kami sewaktu berada di London baru-baru ni. Saya tahu ramai yang menyimpan impian untuk travel ke luar negara. Jika anda nak travel tanpa risau pun pasal belanja dan tak nak kacau duit gaji pun, jom jadi bisnes partner Shaklee saya.

In sha Allah kita sama-sama berjuang untuk meneroka bumi Allah yang luas ini.

Isi borang di bawah ok..

 

Atau whatsapp saya di 012 621 1883


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506