Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

8 Punca Berak Berdarah. Nombor 8 Paling Menakutkan

$
0
0

8 Punca Berak Berdarah. Nombor 8 Paling Menakutkan

Anak-anak yang sedang membesar adalah anugerah yang tidak ternilai. Antara perkara yang menakutkan ibu apabila mendapati anak berak berdarah. Sebenarnya orang tua pun boleh berak berdarah juga cuma kalau budak-budak tu mungkin risau sangat-sangat. Pendarahan melalui dubur biasanya disebabkan oleh luka pada kawasan sekitarnya, dan boleh sembuh sendiri walaupun mungkin mengambil masa. Namun, mesti bawa pergi klinik supaya dapat dipastikan betul-betul oleh doktor.

Warna daripada boleh menentukan punca pendarahan itu. Pendarahan dalam sistem penghadaman boleh dibahagikan kepada dua. Pendarahan saluran penghadaman atas dan bawah. Jika darah segar, merah dalam bentuk cecair pendarahan sama ada di dubur, rektum atau kolon sigmoid, iaitu pendarahan pada bahagian bawah. Sekiranya darah itu lebih pekat atau bercampur dengan najis, pendarahan adalah pada bahagian usus kecil atau perut. Pendarahan pada bahagian atas saluran penghadaman bukan saja menjadikan najis hitam malah berbau busuk dan likat seperti tar (mau cuba tunjuk najis ni kepada perokok. Dalam rokok kan ada tar. Jijiknya jika masih terus merokok)

sebab berak berdarah

Sebab munculnya darah dalam najis (pendarahan bahagian bawah dalam sistem penghadaman)

1.Buasir (paling kerap berlaku)

2.Sembelit

3.Luka pada dubur (anal fissure)

4.Polyps

5.Ulser

6.Keradangan (inflammatory bowel sindrome)

7.Diverticulitis

8.Perubahan awal kanser

Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor yang boleh memberi cadangan mengenai perubahan gaya hidup, pemakanan, senaman dan makanan tambahan jika perlu. Doktor juga perlu menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian untuk mengesan punca pendarahan.

Tips pemakanan untuk najis berdarah

-Pastikan anda mendapat serat yang cukup untuk melancarkan pergerakan usus

-Pastikan anda mendapat air yang cukup (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) untuk mengelakkan najis mengering dan menjadi keras yang akhirnya terpaksa teran dengan sesungguh hati untuk mengeluarkannya.

-Anda boleh cuba minum air suam yang dicampur setengah biji lemon pada awal pagi kerana lemom memberi manfaat kepada usus dengan mencucinya dan menggalakkan pergerakan usus.

-Banyakkan makan sayuran dan buah mentah untuk membantu pergerakan usus. Antara buah dan sayuran itu termasuk : betik, pisang, lemon, nanas dan epal.

-Teh herba juga boleh membantu penghadaman, melegakan sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.

-Tingkatkan makanan yang mengandungi vitamin C.

Perubahan gaya hidup

-Untuk mengelakkan pendarahan dubur, perlulah mengelakkan sembelit.

-Tingkatkan fungsi hati dan percernaan.

-Elakkan meneran ketika membuang air besar dan senaman adalah cara paling mudah untuk menggerakkan usus.

Rawatan semulajadi untuk buasir

Pastikan najis sentiasa lembut dengan menambah serat atau pelembut najis dalam makanan. Antaranya ialah jus aloe vera atau oat. Dan air masak juga perlu diminum secukupnya. Selain melembutkan najis, jus aloe vera juga boleh mengurangkan keradangan dan melegakan usus.

Probiotik untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan boleh mengurangkan sembelit.

Minyak ikan boleh melembapkan usus dan melincirkan usus.

Vitamin C dan vitamin A adalah antioksida yang membantu pergerakan usus, membuang bahan buangan, meningkatkan integriti dinding usus dan merupakan bahan anti radang.

Pilihan Saya Untuk Lancarkan Sistem Penghadaman

Untuk sistem penghadaman yang sihat saya memilih Vivix, DTX, Peppermint ginger Shaklee, Alfalfa dan Herblax.

Vivix

Agen detoks darah dan detoks usus yang terbaik.

DTX

Untuk mencuci hati dan bantu badan untuk mengekalkan hati yang sihat.

Herb-Lax

Untuk pembersihan usus dengan membersihkan najis yang tersekat.

Merangsang usus untuk percepatkan pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh

Tak perlu dimakan setiap hari. Seminggu sekali pon dah cukup. Lepas makan Herb-Lax memang rasa ringan sangat badan sebab dah keluar semua yang tersekat tu.

Peppermint Ginger

Yang ini memang saya makan setiap hari hari selepas makan, untuk memudahkan penghadaman. Maklumlah, saya ni jenis makan laju, kadang-kadang penghadaman tak betul dan mula lah perut masuk angin. Jadi, Peppermint Ginger bantu keluarkan angin

Alfalfa Complex

Salah satu produk kegemaran saya juga. Selain digelar ‘Raja Makanan’, alfalfa kaya dengan khasiat. Alfalfa adalah produk pilihan saya untuk membuang toksin dalam badan. Sejak makan alfalfa setiap hari akan membuang dan najis pun lembut. Sorry, cerita pasal najis plak.

rawat buasir

Hubungi saya untuk bantu masalah kesihatan anda. Jangan biar lama-lama nanti masalah makin melarat dan makin susah untuk dikawal. Mengekalkan kesihatan adalah lebih mudah daripada mengembalikan kesihatan yang hilang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506