Percutian Mewah Ke Jepun Yang Tak Perlu Bayar 1 Sen Pun
Semalam, selamatlah delegasi Shaklee kembali ke Tanah Air selepas 8 hari 6 malam bercuti di Jepun. Bercuti betul, tu yang tak tahan. Excited sangat rasanya nak update pasal trip ke Jepun. Saya tak pergi pun trip Jepun ni, tapi auranya memang terasa bila dorang yang pergi asyik update kat group whatsapp dan di Facebook. Walaupun masih berhutang trip ke Europe hari tu, tapi nak juga update pasal Jepun ni. Percutian mewah hokay..
Trip Shaklee adalah lebih kepada rewards atau ganjaran kepada orang yang betul-betul usaha keras untuk memperkenal Shaklee kepada ramai orang. Kalau rewards tu maksudnya memang mewah gila, memang dilayan macam raja. Bayangkan kos makan saja selama seminggu sama dengan kos makan 5 tahun orang tempatan Jepun. Tu baru makan kot…
Sampai-sampai Nagoya, terus dibawa ke Toki Outlet. Menswap kredit kad jelah jawabnya. Yang bestnya barang-barang kat sana lebih murah dalam 20-30% atau lebih daripada tu.
Tempat tinggal diorang ialah Suimeikan Hotel, di Gore. No idea kat mana. Tapi, memang kawasan kampung. Kampung-kampung pun, subhanallah… hotel tu ialah hotel mewah yang rekabentuknya digabung rumah tradisional Jepun dan resort. Siap ada hot spring yang sokmo ada dalam cerita Jepun tu. Perjalanan nak sampai sana pun dah cantik sangat. Tergoda, terbakar dengan gambar-gambar yang dorang post.
Dan Shaklee memang sokmo buat surprise. Sampai-sampai bilik terus ada hadiah kat bilik. Setiap orang dapat 1. Kalau ada budak-budak lagi best. Kerja mengumpul hadiah saja. Dan dapat yukata sorang satu. Yukata ialah pakaian tradisional Jepun, macam kimono tu. Tapi kimono lagi mewah la. Harga Yukata yang Shaklee bagi ialah 10,000 yen. Saya pun pernah beli yukata time di Osaka dulu, tapi yang harga paling murah, 1,000 yen saja.
Comel je hadiah dorang balut dalam kain macam biasa-biasa orang Jepun bawa. Dalam bungkusan itu juga ada Instant Protein yang pelbagai perisa. Hanya ada di Jepun. Untunglah dorang pergi sana, yang bertungkus-lumus, akhirnya dapat hadiah yang paling diidamkan oleh semua SID. Menangis lagi orang yang tak dapat pergi.
Pengalaman sangat bila makan malam pakai yukata dan jalan-jalan di Takayama pun pakai yukata. Sebab dalam group ramai-ramai semua orang pakai, rasa bangga pula bila orang Jepun pun tengok aja mereka berjalan.
Shaklee juga bawa delegasinya ke Snow Wall Alpine Route di Tateyama. Khabar-khabarnya Shaklee ialah satu-satunya syarikat MLM yang bawa pengedar dia ke Alpine Route. Mahal wehh trip ni. Shaklee juga tempah khas bilik hotel untuk ahli rombongan beragama Islam bersolat.
Shaklee memang jaga betul orang Islam. Sampaikan masa malam dinner dengan Dr Kojima, iaitu saintis yang cipta Nutriferon (penggalak sistem imun) ada admin berbisik kat dia jangan hulur tangan kat orang pakai tudung. Doktor tu dah 92 tahun kot, tapi masih cergas dan tegap.
Lagi bertuah bila Shaklee nak ahlinya rasa petik strawberry walaupun musim dah nak habis. Kalau ikut musim strawberry dari Januari hingga awal Mei. So, tengah-tengah bulan 5 tu memang takde strawberry dah. Tapi, ladang ni tanam special untuk Shaklee, supaya sempat dorang p petik. Hanya grup Shaklee Malaysia saja yang ada dalam ladang itu pada waktu itu. So special kan?
Naik cruise Sumida river ke Odaiba pun Shaklee tempah khas untuk delegasi Malaysia sahaja.
Hari-hari terakhir sebelum balik, mereka di bawa ke ofis Shaklee di Tokyo. Mak aii.. lagi banyak produk-produk Shaklee yang best ada kat sana. Macam Instant Protein pelbagai perisa tu, barang-barang mekap dan skin care yang lagi best. Shaklee pun ada benda-benda mekap ni tapi susah nak masuk Malaysia sebab kena cek KKM lama sangat.
Bila tulis ni, rasa alami sendiri. Memang tempting sangat.
Best tak trip ni? Memang best lah kan. Free pulak tu. Roughly, Shaklee belanja lebih kurang RM20k untuk setiap seorang. Tapi, orang yang pergi trip ni tak payah bayar 1 sen pun.
Apa lagi, jom buat bisnes Shaklee kalau anda belum buat lagi. Nak buat bisnes, PM Fyda 012 621 1883. Jangan risau, nak join Shaklee tak perlu modal ribu-ribu pun. Ratus ratus jer untuk dapatkan keahlian percuma. Tak sampai 100 pun untuk daftar dan terus boleh bisnes bermodalkan air liur.
Kalau yang dah buat Shaklee tu, buat betul betul yer. Peringatan untuk saya juga. Tapi, memang dah terbakar. Saya doakan kita sama-sama kaya dan berjaya. Tanamkan azam. Satu hari nanti aku mesti berjaya. Tahun depan kita jumpa atas Cruise Mediterranean. In sha Allah.
Kalau anda nak jadi ahli Shaklee dan rebut peluang percutian mewah ni, boleh isi borang di bawah. Saya akan reply secepat mungkin.