Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Ketahui Faktor Risiko Slip Disc, Bukan Flight Attendants Sahaja

$
0
0

Ketahui Faktor Risiko Slip Disc, Bukan Flight Attendants Sahaja

Viral kisah flight attendants ramai yang sakit slipped disc (tulang belakang lari sikit) kerana banyak tolong orang angkat barang yang berat ke overhead bin. Rupanya mengangkat beg itu bukan skop kerja pramugara atau pramugari, tetapi mereka melakukan dengan penuh ikhlas walaupun akhirnya memberi risiko kepada diri sendiri. Eh, main skop-skop kerja pula. Macamlah orang awam tahu skop kerja mereka. Saya juga ada pengalaman dengan flight attendants ni, kalau nak tahu boleh baca Perangai Sebenar Pramugari Air Asia Sampai Saya Rasa Nak Menangis.

Sebenarnya banyak pekerjaan di dunia ini yang boleh menyebabkan slipped disc walaupun tak angkat barang berat tapi kerana postur tubuh yang tak betul.

Disc adalah sejenis bahan seperti jeli yang berada antara 2 tulang belakang (pada sendi tulang belakang) untuk melindungi tulang; memudahkan pergerakan tulang belakang. Dan dah tentu ada banyak lagi struktur lain seperti tulang rawan dan ligamen.

Seperti sendi-sendi lain, sendi pada tulang belakang akan rosak dan dibaik pulih semula. Tapi jika kerosakannya melebihi kebolehan untuk membaik pulih, tulang rawan akan hancur disc akan terkeluar daripada tempatnya, dan menyebabkan sakit belakang bila tulang bertemu tulang, sama macam sakit sendi lutut dan sendi-sendi lain kerana kerosakan sendi.

sepupu ainan tasneem

Faktor risiko masalah slipped disc

Sebab itu, slipped disc dikatakan penyakit yang disebabkan oleh penuaan. Namun, kini makin meningkat dikalangan orang muda kerana faktor berikut:

1. Pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan secara kerap dan berulang-ulang.

–Terlalu banyak duduk
–Mengangkat barang-berat berat dengan cara yang salah. Apabila seseorang menangkat barang yang berat dengan cara yang tidak betul, otot belakang akan menjadi tegang dan boleh menyebabkan slipped disc.
–Kerap membongkok atau memusingkan pinggang.
–Terdedah kepada getaran yang berterusan – contohnya ketika memandu atau bekerja sebagai penebuk jalan.

2. Tidak bersenam. Tapi aktiviti fizikal yang terlalu kuat dan berterusan juga boleh meningkatkan risiko slipped disc. Seseorang yang jarang bersenam dan tiba-tiba bersenam bukan saja meningkatkan risiko untuk slipped disc tapi juga meningkatkan risiko serangan jantung.

3. Merokok. Merokok mempercepat proses penuaan, jadi sebenarnya bukan sahaja menyebabkan masalah slipped disc, tapi pelbagai masalah kesihatan yang lain termasuk kanser.

4. Berlebihan berat badan kerana tulang belakang terpaksa menampung berat yang berlebihan.

Simptom slipped disc

Pada peringkat awal seseorang mungkin mengalami sakit belakang sahaja dan mungkin rasa lebih selesa dalam posisi tertentu.

Tapi, masalah paling besar pada tulang belakang ni sebab dalam tulang belakang tu ada saraf tunjang. Bila saraf tunjang dihimpit oleh tulang, ia boleh merosakkan saraf dan menjejaskan pelbagai fungsi badan terutamanya bahagian pinggang ke bawah.

Slipped disc boleh terjadi pada mana2 bahagian tulang belakang bermula dari leher. Pada mulanya mungkin kebas atau semut2 di bahagian yang terlibat. Kebas atau sakit ini biasanya lebih teruk pada waktu malam dan kadang-kadang seseorang boleh berasa lemah otot dan kesukaran untuk mengawal otot.

Jika dibiarkan, boleh menyebabkan lumpuh. Sepatutnya tulang dan sendi perlu dilindungi semasa masih sihat dan ok, barulah masalah slipped disc dapat dielakkan. Namun, jika dah mengalami masalah ini, adakah masih boleh baik tanpa pembedahan?

Rawatan slip disc tanpa pembedahan

In sha Allah, boleh cuba Vivix Shaklee kerana ramai yang telah mencubanya dan mendapti sakit mereka sudah berkurang. Tapi saya tidak pasti sama ada disc yang telah beralih itu akan kembali ke tempatnya atau tidak. Jadi, sekali lagi pesanan saya, walau macammana sekalipun anda ingin berusaha untuk menyembuhkan penyakit, temujanji dengan doktor jangan sesekali ponteng ya.

rawatan slip disc

Ku pun nak cerita juga pengalaman minum Vivix ni. Sept 2014, hasil pemeriksaan MRI di hospital KPJ Klang. Doktor kata aku ada slip, kesan terjatuh 3 bulan sebelumnya. Dah alang2 jadi ahli ni, kena pula tengah promosi Vivix bulan julai baru-baru ini kan. Ku tutup mata la beli sebotol. Alhamdulillah, sampai ke hari ini rasa ngilu, sakit kat tulang belakang tu tak terasa lagi. Dah boleh main badminton ni. Yang paling syok masa balik beraya mak cik-mak cik komplen dah kurus.

=========================================================

Jika anda ingin menjaga kesihatan sendi dan tulang, ataupun mempunyai masalah slip disc dan ingin cuba berikhtiar dengan Vivix, boleh pm/whatsapp saya di 012 621 1883.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506