Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Siapa Perlukan ESP Shaklee? Bukan Soya Bahaya Ke?

$
0
0

Siapa Perlukan ESP Shaklee? Bukan Soya Bahaya Ke?

Dulu-dulu Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) sangat popular dikalangan wanita-wanita terutama yang bergelar ibu kerana biasanya dikaitkan dgn mak-mak menyusu dan berfungsi sebagai penggalak susu atau milk booster.

Tapi sebenarnya, persepsi ini dah berubah dan ramai yang sedar bahawa ESP ni diperlukan oleh semua orang.

Tapi, ramai yang mengelakkan soya kerana soya ni dikatakan sangat kontroversi. Dikatakan soya lebih banyak membawa keburukan kepada kesihatan, termasuklah,

– dikatakan penyebab kanser
– dikatakan penyebab masalah alergik
– dikatakan penyebab masalah kulit
– dikatakan penyebab lelaki mandul dan menjadi lelaki lembut.

bahaya soya kepada kesihatan

Apabila dakwaan itu dinafikan apabila masyarakat yg mengamalkan soya beratus-ratus tahun tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan, malah lebih sihat daripada masyarakat di tempat lain, maka timbul pula satu teori baru, iaitu kerana mereka makan soya yang ditapai (fermented soy). Soya yg dah ditapai dikatakan tidak berbahaya seperti soya yang tak ditapai.

Disebabkan soya adalah tanaman yang penuh kontroversi, maka beberapa kajian telah dibuat ke atas soya. Namun, kajia tersebut gagal membuktikan apa-apa perbezaan antara soya yang ditapai atau tidak ditapai. Kajian tersebut juga dijalankan kepada pesakit kanser atau orang yang sihat, tetapi kedua-duanya juga tidak memberi apa-apa perbezaan.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada kajian-kajian tersebut, ialah;

  • Tiada perbezaan dari segi kesan terhadap kesihatan antara soya yang ditapai atau soya yang tidak ditapai.
  • produk soya tidak termasuk faktor yang meningkatkan risiko kanser berulang kepada bekas pesakit kanser dan begitu juga ia tidak menjadi faktor risiko orang sihat mendapat penyakit kanser. Maksudnya produk soya bukanlah penyebab kanser.
  • Orang-orang Jepun yang merupakan pemakan soya tegar. Jika dilihat dari segi kesihatan, orang-orang Jepun sihat dan tiada kajian menunjukkan bahawa kadar kemandulan tinggi di Jepun. Walaupun anak orang Jepun, rata-ratanya sedikit namun ia bukan disebabkan oleh faktor kemandulan. Begitu juga dengan orang Jawa yang merupakan pemakan tegar tempe yang dibuat daripada soya, berderet-deret anak mereka.
  • Mungkin ada kajian yang mendakwa bahawa kandungan isoflavones dalam soya adalah berbahaya keapda kesihatan. Namun, sebenarnya kajian tersebut dijalankan ke atas isoflavones semata-mata, bukannya ke atas kacang soya.

Walau macamanapun, seperti juga makanan lain, lebih baik diambil dalam kadar yang sederhana. Sebagaimana juga nasi yang menjadi makanan ruji kita. Jika dimakan secara berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan.

Yang menarik tentang ESP Shaklee

ESP Shaklee dibuat daripada kacang soy non-GMO, iaitu yang tidak diubah genetiknya. Kebanyakan produk soya lain, malah banyak tanaman-tanaman di dunia ini adalah GMO, diproses tanpa menggunakan alkohol, asid, alkali mahupun suhu tinggi. Untuk proses mengekstrak protein daripada tanaman, tetapi produk Shaklee tidak menggunakan alkohol sebaliknya hanya diproses dengan air. Produk yang diproses dengan alkohol bukan sahaja menghilangkan khasiat isoflavonnya, malah meningkatkan pencemaran dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.

Oleh sebab itu, pengguna ESP Shaklee disarankan membancuh ESP dengan air suam atau sejuk dan bukannya air panas untuk menjaga kualiti protein yang terdapat dalam ESP.

Kebaikan ESP Shaklee untuk seisi keluarga

Yang paling saya nampak, dalam 1 keluarga terutamanya yang semakin meningkat usia, protein diperlukan untuk menjaga otot. Bukannya nak kuat macam abang sado tu, tapi otot yang lemah menyebabkan metabolisma menurun… Akibatnya? Badan senang naik dan bila berat badan berlebihan ataupun obes, banyak masalah kesihatan lain akan terjadi.

Apa kata cuba ESP sekarang untuk jaga otot especially diri sendiri, pasangan, ibu bapa dan kongsi dengan ahli keluarga lain dan kawan-kawan untuk menjaga kesihatan mereka.

Berita baik dan gembira, bulan ini Shaklee menawarkan ESP dengan harga yang sangat jimat, iaitu beli dengan harga 6 tong, boleh dapat 7 tong. Bukan itu saja, boleh dapat keahlian percuma dan pastinya bonus masuk tengah bulan depan. Tu bonus duit, bonus kesihatan memang empunya diri je rasa.

6 tong tu boleh bahagikan pada diri sendiri, mak ayah, adik beradik. Percayalah memang sekejap je habis.

Tak percaya? Saya share apa kata peminat ESP.

kebaikan soya untuk kesihatan

Selain daripada ESP, Shaklee juga mencadangkan 2 produk lain yang paling asas untuk kesihatan optimum.

Vitalea

Yang pertama ialah Vitalea yang merupakan multivitamin yang tertua di dunia. Mengandungi 28 vitamin dan mineral untuk kesihatan menyeluruh. Saya memang sarankan semua ambil vitalea terutamanya wanita kerana Vitalea mengandungi zat besi untuk menggantikan semula zat besi yang telah hilang sewaktu kita haid.

Zat besi yang cukup sebenarnya penting untuk wanita yang merancang untuk mengandung untuk penyimpanan zat besi yang secukupnya sebelum mengandung. Zat besi diperlukan untuk permbentukan otak bayi. Otak bayi mula terbentuk dalam sebulan selepas persenyawaan berlaku. Kadang-kadang ibu belum tahu mengandung tapi pembentukan otak bayi dah bermula. Tanpa zat besi yang cukup, sudah tentu pembentukannya akan terjejas.

Omega Guard

Omega Guard adalah sejenis minyak ikan yang berkualiti, yang diesktrak daripada ikan merah yang merupakan ikan laut dalam yang tahan lasak.

Minyak ikan ni dah ramai orang tahu mengandungi asid lemak omega-3, kebaikan dia terhadap kesihatan. Minyak ikan bersifat anti-radang mengurangkan keradangan yang berlaku pada salur darah akibat kecederaaan yang boleh memendapkan kolesterol jahat sekaligus menyempitkan saluran darah.

Minyak ikan juga berfungsi mencairkan dan melancarkan aliran darah. Ini memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan saluran darah.

keburukan soya

Untuk membuat tempahan atau info lanjut, boleh whatsapp saya, Fyda 012 621 1883


Viewing all articles
Browse latest Browse all 506

Trending Articles