Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Virus Zika
Panik..
Itulah gambaran situasi kesihatan di negara kita sekarang sejak kes Zika pertama dikesan. Masa Zika dikesan di Singapura, memang ramaidah jangka kes Zika akan turut terjadi di Malaysia sebab pergerakan rakyat dari kedua-dua negara ini.
Namun, yang lebih mengejutkan ialah apabila terdapat penyebaran virus dalam kawasan kita sendiri. Maksudnya bukan dapat dari luar negara pun, bila seorang lelaki dari Sabah dikatakan tak pernah keluar dari Malaysia pun. Lelaki tersebut juga adalah penghidap pelbagai penyakit kronik. Yang mana kita tahu penghidap penyakit kronik mempunyai sistem pertahanan badan yang rendah dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit.
Virus Zika Secara Ringkas
Zika ni macam adik-beradik denggi dan chikugunya sebab disebarkan oleh nyamuk yang sama, iaitu nyamuk Aedes yang aktif pada waktu siang. Memang tak mustahil la kan, Zika memang dah wujud sebelum ni kat Malaysia, cuma malu-malu nak muncul.
Kebanyakan penghidap Zika sebenarnya mengalami simptom yang ringan sahaja. Macam demam-demam, selsema, sakit badan, sakit kepala, mata merah atau ruam pada kulit. Maknanya mungkin macam selsema atau demam-demam biasa saja. Kadang-kadang mungkin tak perasan pun kita kena jangkit virus Zika tapi tiba-tiba dah sihat. Jarang sangat orang sihat perlukan rawatan lanjut dan jarang sangat perlu masuk wad. Tapi, keadaan berbeza kepada wanita hamil dan orang yang mempunyai sistem pertahanan diri yang rendah.
Zika boleh disahkan melalui ujian darah. Tapi, tak ada rawatan yang khusus untuk Zika. Dan macam yang saya cakap, simptomnya mungkin ringan sahaja, sampai kita pun tak perasan dijangkiti Zika. Cuma, mungkin orang yang baru balik dari negara-negara yang ada kes Zika, mungkin nak cek darah untuk pastikan, terutamanya orang yang dah berkahwin sebab Zika boleh disebarkan melalui hubungan seks.
![virus zika di malaysia]()
Rawatan Jangkitan Zika
Setakat ini, tiada rawatan khusus atau vaksin untuk jangkitan Zika. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Elakkan diri daripada digigit nyamuk. Pastikan tak ada bekas-bekas yang boleh membiakkan nyamuk di kawasan rumah, boleh guna kelambu, baju lengan panjang atau penghalau nyamuk.
Jika disahkan menghidap Zika atau anda rasa badan tak sihat, boleh lakukan perkara berikut:
1. Rehat secukupnya
2. Minum air secukupnya untuk elakkan dehidrasi
3. Ambil panadol dan paracetamol untuk kurangkan demam jika perlu.
4. Jauhi ubat-ubat anti-radang dari kumpulan NSAIDS – aspirin, ponstan atau ibuprofen sehinggalah anda disahkan bukan dijangkiti denggi. Sebab ubat-ubat diatas boleh menyebabkan pendarahan dalam denggi.
5. Elakkan melakukan hubungan seks dalam 4-6 minggu atau gunakan protection. Kajian kata virus Zika boleh bertahan dalam badan lelaki selama 6 bulan. Kalau positif Zika, sebaiknya elakkan hubungan seks selama 6 bulan ya.
Bagaimana virus Zika boleh mati dalam badan?
Bila dijangkiti virus Zika, atau apa-apa virus sekali pun, yang menjadi masalah ialah virus perlukan perumah untuk membiak. Jadi, dia akan jangkiti mana-mana sel dalam badan untuk terus hidup.
Pernah terfikir tak macammana seseorang boleh sihat selepas dijangkiti virus walaupun tiada ubat khusus untuk membunuh virus tersebut.
Inilah kehebatan sistem pertahanan badan yang Allah ciptakan kepada manusia. Sistem pertahanan badan manusia terbahagi kepada sistem umum dan khusus.
Yang khusus adalah adalah bentuk sel, kebanyakannya sel darah putih dan juga sistem imun humoral yang terdiri daripada antibodi.
Pada kebanyakan masa dalam kes virus, antibodi yang memainkan peranan penting kerana sel-sel pertahanan badan mungkin juga telah dijangkiti oleh virus dan bertukar menjadi musuh.
Nutriferon, Salah Satu Usaha Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Nutriferon ni, adalah salah 1 produk Shaklee yang membantu untuk meningkatkan kekebalan sistem pertahanan badan. Memang tak ada kajian mengatakan dia bertindak secara khusus untuk melindungi badan daripada virus denggi atau zika ataupun merawat jangkitan tersebut, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon sebagai usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh:
1. Terbukti daripada kajian ke atas manusia – campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan Nutriferon memberi khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun daripada keempat-empat ekstrak tumbuhan dalam Nutriferon.
2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun badan dan merupakan salah satu komponen sistem imun humoral.
Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Melalui teknologi perubatan, interferon dihasilkan dalam makmal dan digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser. Tapi, harganya sangatlah mahal.
Nutriferon pula merupakan satu-satunya makanan tambahan di US yang dicipta oleh orang yang menemui inteferon dan Nutriferon boleh meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi dalam badan.
3. Dicipta oleh penemu interferon – Dr Yasuhiko Kojima yang merupakan ahli imunologi yang terkenal merupakan individu yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
4. Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set-set ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. Nutriferon tidak boleh ditemui di mana-mana kedai tapi hanya boleh didapatkan daripada Shaklee.
5. Dikaji selama 40 tahun sebelum dipasarkan. Sebelum menemui sebatian yang sesuai untuk menghasilkan Nutriferon, Dr Kojima telah menggunakan berjuta-juta sebatian sebelum menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi dalam badan.
6. Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine – mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.
![rawatan zika]()
Selain ikhtiar untuk tingkatkan imun badan, Shaklee juga ada produk untuk elakkan gigitan nyamuk, mosquito repellant gitu. Yang penting selamat dan tiada bahan kimia.
![krim anti nyamuk]()
Semua ini adalah salah 1 usaha kita untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit ini. Terutamanya penghidap penyakit kronik yang sistem imun lebih rendah dan juga ibu mengandung.
Sebarang pertanyaan atau tempahan produk, boleh hubungi saya,
Fyda Noh : 012 621 1883