Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all 506 articles
Browse latest View live

Bantu Masalah Jantung Tersumbat Dengan Vitamin Semulajadi

$
0
0

Bantu Masalah Jantung Tersumbat Dengan Vitamin Semulajadi

Awal bulan lepas ayah mentua dimasukkan ke hospital dan doktor bagi tahu serangan jantung pertama dan ada salur darah tersumbat. Jadi kena refer ke IJN. Pagi semalam buat pemeriksaan di IJN nak tengok berapa salur darah tersumbat. Sama ada kena masuk belon/angioplasty atau terus kena buat pintasan jantung/bypass.

Alhamdulillah petang doktor sahkan salur darah tak tersumbat. Jadi ayah boleh balik rumah. Apa yang kami ikhtiarkan adalah berikan ayah amalkan Set Kesihatan Jantung merangkumi Phytocol-ST, Omega Guard, CoQ Health dan Vivix. Memang niat supaya ‘clot’ di salur darah tersumbat tu hilang secara semulajadi.

Puan A

=====================================

Adakah anda sedang mencari vitamin atau suplemen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan jantung?

Produk Shaklee ialah pilihan yang terbaik.

merawat sakit jantung

 

Harga Set Kesihatan Jantung

Vivix RM475

OmegaGuard RM136

Phytocol-ST RM197

Untuk tempahan atau konsultasi, boleh hubungi saya dengan klik link ini untuk whatsapp www.wasap.my/60126211883

Atau klik gambar dibawah sekarang

beli sekarang

 


Persediaan Ke Tanah Suci Untuk Elakkan Jangkitan Virus

$
0
0

Persediaan Ke Tanah Suci Untuk Elakkan Jangkitan Virus 

Panggilan haji….

Telah tiba lagi…

Menunaikan ibadah…

Panggilan Baitullah..

 

Tah berapa tahun dah lagu tu wujud. Rasanya sejak kecil duk menyanyikan lagu itu. Lagu tu akan kembali popular bila nak dekat musim haji.

Alhamdulillah dan tahniah anda yang dijemput sebagai tetamu Allah. Doakan saya juga akan dijemput nanti.

Selain kursus haji, pemeriksaan kesihatan dan pakaian yang perlu dibawa untuk mengerjakan haji, apa lagi persediaan yang kita boleh buat.

Saya nak cadangkan suplemen atau makanan tambahan yang sepatutnya di bawa oleh jemaah haji ke Mekah. Kita tahu jemaah kita ramai yang dah capai status warga emas, ditambah kombo penyakit pula tu. Jadi, perlukan suplemen yang baik untuk menguatkan ketahanan badan.

Saya sertakan dulu testimonial daripada seorang sahabat yang mengamalkan suplemen Shaklee semasa di Tanah Suci.

persedian ke tanah suci

“Syukur Alhamdulillah baru2 ni saya berpeluang menunaikan umrah dan ziarah bersama suami. Selama 14 hari dan dengan keizinan Allah juga, sihat dan ringan rasa badan.

Sebelum pergi saya bawa bekal vitamin2 dalam foto. Asalnya ada bawa sebotol Vivix juga yang kemudian tertinggal dalam fridge bilik hotel di Kuching. Tak sampai ke tanah suci si Vivix tu ~ WaAllahualam. Saya amalkan Omega Guard, B complex dan Ostematrix setiap hari untuk kekuatan fizikal dan kesihatan. Carotomax untuk penjagaan mata kerana banyak membaca.

Suami memang tak tinggalkan AJHT dan Ostematrix setiap hari walaupun di Malaysia.

Performance drink (dalam tumbler tupperware) saya minum sekali sekala masa di Istanbul sebelum sampai tanah suci. Semasa di tanah suci, of course, tiada yang lebih menyegarkan selain dari Air Zamzam. SubhanaAllah…

Di penghujung “trip” badan rasa macam nak demam dan sakit tekak. Mungkin sebab keadaan di Mekah masih berdebu2 -” construction everywhere. Terus saya ambik Nutriferon sebelum tidur. Alhamdulillah dah tak jadi demam dan tinggal batuk sedikit2 saja.

Alhamdulillah vitamin2 ini sangat membantu saya dan suami. Di harapkan perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda juga.”

==========================================

Semua tahu Mekah ialah bumi yang panas, lagi-lagi musim haji berkumpul semua umat manusia di sana. Bila ramai sangat berada dalam satu tempat pada masa yang sama, risiko penyakit berjangkit sangatlah tinggi. Hari kan kita dengar ada kes MERSCo-V dan ada jemaah Malaysia yang meninggal dunia

Jadi, memang patutlah kita sediakan perisai diri dengan amalkan suplemen sejak dari Malaysia. Lagi-lagi kalau mak ayah kita yang dah tua dan ada penyakit pula tu. Kenalah bagi mereka semangat dan lebih bertenaga. Dah sampai sana, rugi pula kalau jatuh sakit. Memanglah tu kerja Allah, tapi kerja kita ialah berikhtiar.

Untuk tempahan atau perlukan konsultasi, sila hubungi saya (Fyda) di 012 621 1883

atau klik www.wasap.my/60126211883

 

Bolehkah Pesakit Kencing Manis Berpuasa Dibulan Ramadhan

$
0
0

Bolehkah Pesakit Kencing Manis Berpuasa Dibulan Ramadhan

Nak masuk bulan puasa dah, mesti banyak persoalan daripada pesakit-pesakit kencing manis sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak.

Apa yang berlaku bila kita puasa?

Orang Islam yang cukup umur dan berakal diwajibkan berpuasa. Namun, ada beberapa keadaan keringanan diberikan, termasuk penyakit-penyakit yang tak membolehkan seseorang puasa, mengandung dan menyusukan anak.

Di Malaysia, purata kita berpuasa dalam 12 jam. Tapi, itu adalah tempoh yang agak lama, ditambah dengan cuaca sekarang yang panas.

Mampu kah pesakit kencing manis berpuasa?

bolehkah pesakit kencing manis berpuasa

Kategori Pesakit Kencing Manis

Pesakit kencing manis ini dibahagikan kepada 4 kumpulan, berdasarkan keterukan penyakit.

1. Sangat berisiko tinggi
–Sejarah komplikasi diabetes dalam 3 bulan sebelum bulan puasa.

–Tak berupaya mengesan masalah kurang gula

–Sedang menanggung masalah kesihatan yang lain. Contohnya ada jangkitan kuman.

–Pengawalan gula yang tak baik (HbA1c melebihi 9%)

–Mengandung

–Penyakit buah pinggang kronik atau menjalani dialisis

2. Berisiko tinggi

–Pengawalan gula tak berapa bagus (HbA1c antara 7.5% dan 9%)

–Penyakit buah pinggang peringkat sederhana

–Mempunyai komplikasi yang melibatkan saluran darah yang besar.

–Mempunyai masalah kesihatan yang lain.

–Usia tua dengan kesihatan tak berapa bagus

–Makan ubat yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan mental.

3. Risiko sederhana

–Pengawalan gula yang baik dengan ubat kencing manis kumpulan yang meningkatkan penghasilan insulin dengan segera.(short-acting)

4. Risiko rendah

–Pengawalan gula yang baik dengan pemakanan yang sihat dan ubat kencing manis. Namun secara amnya pesakit ini adalah sihat.

Pesakit2 ini akan dinilai oleh doktor masing2 dan diputuskan sama ada boleh berpuasa atau tidak.

Pesakit-pesakit dalam kategori 1 dan 2 dinasihatkan sama sekali untuk tidak berpuasa. Manakala kategori 3 pula dibenarkan puasa jika lulus penilaian dan pada amnya kategori 3 dan 4 layak berpuasa tapi perlu mengenali tanda-tanda amaran yang mewajibkan mereka berbuka.

Supleman Cadangan Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Nak Cuba Puasa

puasa pesakit kencing manis

1. Vivix

Dah tentu Vivix yang mengandungi resveratrol berfungsi memberi tenaga dan membantu mengawal gula dalam darah. Vivix yang bertindak ke dalam DNA sel memberi perlindungan pada sel dan jadi jadikan sel lebih sihat.

2. ESP

Protein soya yang mempunyai glisemik indeks yang rendah. Jadi, gula dibebaskan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Makan waktu bersahur dan berbuka untuk kenyang yang lebih lama.

3. Mealshakes

Multivitamin dalam bentuk serbuk untuk memenuhi keperluan nutrisi badan yang sedang berpuasa.

4. Performance drink

Minuman tenaga yang terbukti secara klinikal mampu menghidrat badan lebih baik daripada air biasa.

Namun begitu, sebelum berpuasa anda mesti berbincang dengan doktor dan pegawai dietetik dulu. Jika doktor tak benarkan, ikutlah nasihat doktor untuk kebaikan anda juga. Namun, suplemen di atas masih boleh diambil.

Malah, ramai pesakit kencing manis yang rasa perubahan positif selepas amalkan Vivix. Seperti dalam testimoni ini.

petua turunkan kadar gula kencing manis

 

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh isi borang di bawah ni

Cara Jadi Ahli Shaklee Bersama Kumpulan Paling Best Di Malaysia

$
0
0

Cara Jadi Ahli Shaklee Bersama Kumpulan Paling Best Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kerana anda telah menjadi ahli Shaklee di bawah kumpulan paling besar dan best di Malaysia, iaitu iReach dan VerstailFamily.

Baca sampai habis ya, sebab saya nak tolong bagi pencerahan pasal Shaklee dan manfaat jika join ahli.

Saya akan huraikan perkara berikut:

1.Apa itu iReach dan Verstail Family?

2.Bagaimana mendaftar jadi ahli Shaklee?

3.Apa manfaat saya menjadi ahli Shaklee?

4.Bagaimana saya ingin membuat belian?

5.Bagaimana saya ingin menjana pendapatan dengan Shaklee?

Apa itu iReach dan #VerstailFamily?

Kedua-dua ini adalah kumpulan sokongan dalam Shaklee. Dalam Shaklee ada banyak sangat kumpulan, tapi jangan pening kepala pula. Dia macam kompeni berbeza yang jual benda sama. Dah kompeni yang lain, maksudnya cara gerak kerja tu lain sikit. Tapi masih berpegang pada undang-undang Shaklee dan misi yang sama supaya rakyat Malaysia lebih sihat dengan Shaklee dan bantu orang yang nak keluar daripada masalah kewangan.

Kumpulan iReach diketuai oleh Master Lyna Noh dan Master Zainul yang merupakan seorang bekas jurutera. Kedua-duanya dah berhenti kerja dan buat Shaklee sepenuh masa. Mereka sangat rajin membaca dan berkongsi dengan kami. Kalau Master Z menulis, sangat-sangat best. Masuk dalam jiwa terus.

VerstailFamily pula adalah kumpulan kecil yang bernaung di bawah iReach yang dibimbing oleh saya sendiri bagi membantu ahli baru yang menjadi ahli Shaklee untuk tujuan makan sendiri dan membantu ahli yang ingin menjana pendapatan. Dan dah tentu saya dapat sokongan padu daripada iReach

Modus operandi kami, aiseh macam kumpulan kongsi gelap ke apa. Kami bergerak lebih secara online melalui facebook, group Whatsapp dan grup telegram.

Kat sini lah kami berkongsi maklumat dan membimbing ahli-ahli di bawah organisasi kami vitamin cadangan, cara pengambilan dan cara untuk menjalankan perniagaan, sama ada online atau offline.

ahli shaklee percuma

Apa manfaat saya menjadi ahli Shaklee?

Banyaklah sangat manfaat jadi ahli Shaklee. Yang memang makan vitamin Shaklee rugi sangat kalau tak nak jadi ahli tau.

1.Yuran yang rendah. Hanya RM68.90 sahaja

2.Keahlian seumur hidup dengan syarat mesti membuat sekurang-kurangnya 1 belian dalam tempoh 18 bulan bagi mengaktifkan keahlian.

3.Bonus bulanan jika mengumpul point sekurang-kurangnya 150 setiap bulan. Kalau takda point pun, still jadi ahli.
Diskaun pembelian produk Shaklee yang dapat memberikan penjimatan berganda.

4.Bimbingan kelas online daripada leader iReach yang berpengalaman luas. Dalam grup iReach ni dah ramai yang capai pangkat tertinggi. Sorang pun tak lokek nak mengajar kalau minta.

5.Jemputan kelas offline yang dikelola oleh pihak Shaklee. Sekarang Shaklee dah bekerjasama dengan Sunway Medical Centre, jadi penceramah tu bukan calang-calang orang tapi doktor pakar tau.

6.Pelbagai bonus seperti bonus bulanan, bonus kereta, trip pelancongan ke luar negara, trip umrah bagi umat Islam bagi yang layak

7.Sistem MLM bukan piramid yang membantu segenap ahli yang komited. Paling penting patuh syariah.

Bagaimana saya ingin membuat belian?

Bagi membuat belian, anda mempunyai 2 cara iaitu belian di cawangan Shaklee berhampiran anda atau belian atas talian melalui website rasmi www.shaklee2u.com.my Website ni boleh masuk kalau ada ID yang sah sahaja.

Bagaimana saya ingin menjana pendapatan dengan Shaklee?

iReach dan VerstailFamily sangat komited nak bantu ramai orang untuk lebih sihat dengan Shaklee dan berjaya dalam bisnes dan rebut semua peluang yang Shaklee.

Apalagi sebagai seorang doktor saya tahu suplemen ialah keperluan untuk hidup sihat dan saya hanya percaya suplemen Shaklee sahaja yang saya percayai sebab adanya ujian klinikal yang dijalankan oleh profesor di Universiti Berkeley yang menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding jenama lain walaupun makan pelbagai jenis vitamin dan takde merosakkan buah pinggang.

Selain mengadakan kelas online, mentor kami percaya kelas secara berdepan juga sangat penting. Jadi, jika kami perlukan kelas atau coaching, hanya perlu aturkan saja ikut kesesuaian jadual mereka.

Hubungi saya jika anda telah berdaftar menjadi ahli VerstailFamily dan ingin join group Telegram dan WhatsApp untuk belajar cara menjana pendapatan dengan Shaklee.

Produk Shaklee Dijamin Selamat Dan Berkesan

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

1.Selamat (mendapat kelulusan KKM dan sijil halal badan di Amerika yang lebih strict daripada JAKIM

2.Semulajadi

3.Berkesan

Vitamin Shaklee telah dibuktikan selamat melalui ujian klinikal yang dipanggil Landmark Study. Kajian ini dibuat oleh orang ketiga yang takda kaitan langsung dengan Shaklee.

Mengapa Perlu Pilih Saya Sebagai Pengedar Shaklee Anda?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah. Sebagai seorang doktor, saya sangat mementingkan kesihatan anda dan saya memang komited untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat.

Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Saya juga baru dapat pengiktirafan daripada ahli-ahli dalam grup iReach sebagai orang yang suka berkongsi maklumat kesihatan. Penerangan yang saya beri ringkas dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja. Bila saya sampaikan sesuatu ilmu, penting untuk saya agar semua orang faham benda tu. Bukan nak guna perkataan medik yang bombastik tu.

Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank dan CIMB.

Penghantaran Barang

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Berminat Menjadi Pengedar Shaklee Dan Menjana Pendapatan Lumayan

Kalau nak tahu, ramai dah ahli Shaklee yang mendapat bonus 7 angka setiap bulan. Kalau kami mereka mampu, kita juga tentulah boleh. Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, iReach dan VerstailFamily yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.

Betul ke Grup iReach Ni Best Sangat?

Nak tau best ke tak best, ada macam-macam grup lain di iReach. Antaranya ialah #ireachtravel. Dalam duk dalam grup ni memang panas bontot je, rasa nak travel saja sebab kalau ahli pergi mana-mana memang akan spam gambar.

Anda boleh tonton video ini – yang dibuat semasa National Conference hari tu. Happening sangat tau..

Memang rugi kalau uolss tanak join grup kami.

Untuk maklumat lanjut, boleh lah lengkapkan borang di bawah dan saya akan hubungi anda dalam tempoh 24 jam.

Simple Contact Form

Tips Luka Kencing Manis Cepat Sembuh, Elakkan Risiko Kaki Dipotong

$
0
0

Tips Luka Kencing Manis Cepat Sembuh, Elakkan Risiko Kaki Dipotong

Apabila seseorang disahkan menghidap kencing manis, doktor akan menerangkan komplikasi-komplikasi yang akan berlaku. Lambat atau cepat berlakunya komplikasi bergantung kepada tahap pengawalan gula seseorang.

Komplikasi kencing manis ada jangka pendek dan jangka panjang. Pesakit kencing manis akan dipantau untuk mengesan komplikasi ini dengan lebih awal. Maknanya komplikasi itu memang dijangka.

Antara nasihat yang selalu diberikan ialah memeriksa anggota badan sendiri terutamanya kaki kerana pesakit kencing manis boleh kehilangan deria rasa di kaki dan tak rasa sakit walaupun mengalami kecederaan atau terluka.

Luka pesakit kencing manis memang ambil masa yang lebih lama untuk sembuh, tapi kalau kalau lama sangat, sampai berulat-ulat tu adalah tu sebab-sebab antara di bawah ni.

kesan potong kaki kencing manis

1. Paras gula yang tinggi

Gula ni bukan saja kita suka makan. Kuman pun suka. Dalam keadaan gula tinggi dalam darah, kuman senang membiak. Bila dah banyak kuman, luka pun automatik lambat baik.

Gula yang tinggi juga menyebabkan darah jadi lebih pekat. Jadi, peredaran darah tak lancar. Bila peredaran darah tak lancar, oksigen dan nutrien sukar dibawa ke tempat luka. Jadi luka pun lambat nak sembuh.

2. Salur darah yang sempit

Pesakit kencing manis biasanya cenderung untuk membentuk aterosklerosis pada salur darah. Jadi, salur darah jadi lebih sempit. Ditambah dengan darah lebih pekat, jadi pengaliran darah ke tempat luka jadi makin lambat.

3. Sistem imun yang rendah

Sistem pertahanan badan pesakit diabetes adalah rendah berbanding orang biasa walaupun pesakit itu rasa sihat saja. Jadi, bila sistem imun rendah, kalau kuman masuk sukar nak lawan.

4. Kerosakan saraf

Gula yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf. Saraf yang paling cepat rosak dalam pesakit kencing manis ialah saraf kaki. Bila saraf dah rosak, ada luka pun takkan rasa sakit. Itulah luka tak perasan, jadinya luka tu makin memburuk.

Apa Akan Jadi Jika Luka Lambat Sembuh Dan Bernanah?

Ramai ahli masyarakat kita lebih suka utamakan rawatan kampung daripada hospital. Kalau ada luka kaki, dia cari ubat kampung dulu. Bila luka tak baik juga, malah sampai dah sakit teruk baru datang hospital.

Masa tu, kuman dari kaki dah banyak dakam darah dan merebak ke organ lain. Doktor pun tak ada pilihan lain selain daripada membuang sumber jangkitan itu. Sebab nyawa seseorang lebih berharga daripada kakinya.

Kalau nak tahu, setiap 30 saat ada 1 kaki dipotong sebab penyakit manis. Jangan biarkan ia jadi kaki anda. Dapatkan rawatan di hospital di samping tu, kalau nak cuba cara alternatif pun, pastikan yang selamat.

Nak Tahu Cara Kawal Gula Dengan Berkesan Dan Dijamin Selamat?

Ramai pesakit kencing manis telah mengamalkan Vivix dan sangat berpuas hati dengan tahap kesihatannya. Ramai yang hampir kena potong kaki tapi alhamdulillah berjaya diselamatkan asbab amalkan Vivix.

Tapi, ingat Vivix ialah suplemen bukannya ubat. Jadi, kena dapatkan rawatan daripada doktor dulu. Walaupun makan Vivix, ubat doktor jangan tinggal. Tapi, in sha Allah Vivix akan baiki sel-sel badan dan menjadikan kita lebih sihat.

In sha Allah..

elak potong kaki kencing manis

 

Jika anda memerlukan konsultasi atau info lanjut mengenai penyakit anda dan adakah Vivix sesuai untuk anda, atau nak buat tempahan,

Anda boleh ini borang di bawah,

atau whatsapp saya di www.wasap.my/60126211883

Kenapa Saraf Di Kaki Paling Awal Rosak Dalam Pesakit Kencing Manis

$
0
0

Kenapa Saraf Di Kaki Paling Awal Rosak Dalam Pesakit Kencing Manis

Apabila seseorang disahkan menghidap kencing manis, antara komplikasinya ialah kerosakan saraf. Dalam banyak-banyak saraf dalam badan kita, saraf di kaki adalah yang paling mudah rosak. Sebab itu pesakit kencing manis diajar untuk periksa kaki sendiri untuk elakkan jangkitan.

Sebab bila dah rosak saraf, deria rasa akan hilang. Maknanya bila terpijak benda tajam ke, ada luka takkan rasa sakit. Bila takda sakit, tentulah orang tu buat tak tahu saja kan? Sampai lah luka tu kena jangkitan, melepuh, bernanah dan mungkin sel boleh mati.

Sebab tu kena cek kaki sendiri, supaya kalau jadi apa-apa anda yang akan alert dulu. Dan terus jumpa doktor jika ada luka.

cara hilangkan kebas kaki

Tapi Kenapa Saraf Kaki Yang Rosak Dulu?

Sebelum seseorang disahkan menghidap kencing manis, gula dalam badan dia memang sedia tinggi. Selain itu paras insulin juga tinggi kerana tak dapat digunakan. Ditambah pula dengan kolesterol. Ketiga-tiga benda ni akan buat darah jadi lebih pekat.

Bila darah lebih pekat, pengalirannya akan jadi lambat. Penghantaran oksigen dan nutrien ke seluruh badan juga terganggu.

Jadi, kenapa kaki?

1. Kaki adalah organ paling jauh daripada jantung, jadi pengaliran darah balik ke jantung adalah lebih lambat. Saraf pada kaki akan terdedah lebih lama kepada darah yang mengandungi gula yang tinggi. Oksigen dan nutrien tidak dapat disalurkan dengan baik kepada saraf.

3. Gula yang tinggi juga boleh merosakkan saraf secara langsung.

Komplikasi kencing manis bukan berlaku sehari dua, tapi makan masa bertahun-tahun. Jadi sikit-sikit, saraf kaki akan rosak sampailah satu tahap, simptomnya mula dirasai.

Simptom-simptom tu bukan saja kebas atau semut-semut, tapi ada yang mengadu rasa kejang kaki, sakit dan cepat lemah terutamanya bila buat aktiviti.

Cadangan Produk Shaklee Untuk Membantu Kawal Gula Pesakit Kencing Manis Dan Elakkan Kebas

cara hilangkan kebas kaki

 

Produk Shaklee dibuktikan oleh ujian klinikal memang berkesan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah. Produk ini juga selamat untuk jangka masa panjang. Tapi, ubat doktor mesti teruskan dan mesti teruskan temujanji dengan doktor ok..

Suplemen bukanlah ubat tapi untuk menyokong keperluan nutrisi kita yang mana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik ni.

So, boleh amalkan tanpa ragu-ragu.

Jika anda ada sebarang persoalan mengenai produk Shaklee atau pengawalan penyakit anda atau ingin menempah produk Shaklee, boleh hubungi saya dengan mengisi borang di bawah atau klik saja www.wasap.my/60126211883.

Nak beli Set Saraf sendiri?

Anda boleh beli secara online dengan menggunakan kredit atau debit kad. Caranya mudah saja. Klik saja gambar di bawah.

beli sekarang

 

Tips Melancong Ke London Bersama 2 Anak Kecil

$
0
0

Tips Melancong Ke London Bersama 2 Anak Kecil

Peluang dapat tiket promo Qatar Airways ke UK dan Europe sebanyak RM3000++ sahaja untuk 2 dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi memang kami tak lepaskan. Apa lagi memang dah jadi impian untuk melawat Eiffel Tower. Tapi, tempoh travel selama 10 hari, memang agak lama sikit. So, kena minta cuti 2 minggu. Nampak macam mustahil, tapi gamble juga beli. Alhamdulillah, Allah izinkan kami teroka bumiNya. Walapun mula-mula ada rintangan sikit, tapi ok, kami sampai juga.

Duit ini adalah hasil kami kumpul sikit-sikit dalam tabung travel kami. Alhamdulillah, mentor Shaklee di iReach sangat galakkan kami travel sampai suruh wujudkan 1 tabung khas untuk travel. Banyak faedah travel ni. Yang paling penting, kita lebih kenal Allah dengan melihat banyak lagi kecantikan alam ciptaannya.

travel ke london percuma

Ni saja gambar keluarga yang ada

Flight kami transit di Doha Airport sebelum bertolak ke Heathrow Airport, London. Kami sampai dalam pukul 6 petang. Urusan imigresen sangat mudah dan lancar. Mungkin sebab kami bawa budak.

Kami memilih untuk tinggal di hotel Royal Norfolk di Paddington. Sebenarnya tapi tak explore pun Paddington ni. Sebab kami singgah London cuma 3 hari saja, tapi kami pilih hotel berpatutan dekat dengan Stesen keretapi.

Hari Pertama di London

Awal-awal pagi dah keluar menapak ke stesen keretapi. Kalau nak jalan-jalan kat London, lebih baik beli kad prepaid – Oyster kad atau travel kad (untuk perjalan 1 – 7 hari). Tiket boleh dibeli di mana-mana stesen keretapi. Nak top up pun kat mesin juga. Masalahnya kat Stesen Paddington tu, tiket hanya boleh dibeli melalui mesin saja dan mesin tu tak terima duit 50pound. Tiket tu harganya 5pound dan boleh terus top up. Jadi, sediakan duit kecil siap-siap.

Jimat banyak guna Oyster kad ni, dalam 50% juga. Boleh guna untuk naik tren dan bas. Install siap-siap peta tube. Tube ni memang ada banyak sangat. Dia bezakan dengan warna. Kena tengok betul-betul line dia kat mana. Dalam satu stesen boleh ada banyak-banyak line, tapi tempat berbeza.

Masalahnya stesen tube ni, tangga dia tinggi. Ada yang tak ada eskalator atau lift. So kalau bawa stroller memang azab sikit nak ngangkut. Jadi, kalau nak travel saya rekemen Pockitt Plus. Senang sangat nak membuka dan menutupnya. Lagipun, boleh lipat bawa masuk kabin flight, tak perlu letak dalam kargo.

Bas pula memang senang nak naik, bersepah-sepah. Tapi kena cek route dan nombor bas yang betul. Kami lagi suka naik bas sebab boleh nampa pemandangan dan lagi mesra stroller, sebab dia boleh rendahkan lantai bas sama dengan bahu jalan. So, senang nak lompat je terus dan ada ruang untuk letak stroller, at least muat 2 biji.

Tujuan pertama kami ialah Trafalgar Square. Kami naik tube menuju ke Charing Cross. Antara perhentian tube yang berdekatan dengan Trafalgar Square ialah Embankment, Leicester Square, Piccadilly Circus, dan Charing Cross.

Dari Chasing Cross berjalan saja ke Trafalgar Square yang berdekatan dengan National Gallery. Trafalgar Square ni dulunya laman diraja yang dah wujud 200 tahun lalu sebelum dipindahkan ke Buckingham. Sekarang jadi daya tarikan pelancong ke London dan juga tempat demonstrasi, perhimpuan dan sebagainya selepas di buka kepada orang awam.

Dari Trafalgar Square, kami berjalan kaki menuju ke Big Ben. Sepanjang perjalanan tu, banyak tinggalan sejarah macam tugu-tugu di tengah jalan. Sempat kami berhenti untuk bergambar dengan pengawal berkuda di Horse Guard Parade. Memang pengawal tu naik kuda. Nasib tak kena tendang dengan kuda.

Akhirnya sampailah ke Big Ben. Tempat tu namanya Westminster. Kat sana juga ada Eye of London. Jalan-jalan kat Westminster bridge tu dengan bahagia.

Nak cerita ni, esoknya alhamdulillah kami pergi Manchester. Sebabnya ada insiden yang terrorist tembak polis tu. Yang ada budak kena langgar tu di Westminster bridge tu lah. Sehari sebelum tu baru kami berseronok-seronok situ. Ya Allah..

Sekitar tu pun ada tempat-tempat menarik, tapi kami sampai Big Ben je. London Bridge Tower pun tak pergi. Dari Westminster station, kami nak ke Oxford Street, tempat terletaknya Primark, tempat shopping yang murah tu. Baju pun baru 1 – 50pound. Kalau ikut itinerary kami buat dari rumah, sepatutnya menuju ke Marble Arch Station. Tapi sebab kami tanya mak cik keje kat stesen tu dia suruh ke Green Park, so kami ikut saja.

Sampai di Green Park station, kami kena merentas Hyde Park. Tapi oklah, sebab dekat dengan Hard Rock Cafe, memang suami nak pergi situ. Dan kami boleh berhenti rehat di taman sambil makan-makan bekalan nasi Brahim yang kami bawa. Senang je, rendam dalam air panas saja.

Petang tu memang kami jalan-jalan je sekitar Kota London. Paling menarik bila nampak signboard Notting Hill. Terbayang movie lakonan Hugh Grant dan Julia Roberts. How romantic..

Aktiviti shopping kami sampai gelap lah. Dari sini kami balik naik bas sebab bus stop lebih dekat dengan hotel berbanding stesen keretapi.

Sampai sini sahaja hari pertama kami di London. Malam-malam kami tak keluar sebab dah penat dan faktor keselamatan. Bahaya kot bawa budak-budak malam-malam kan? Kalau kami berdua saja ok kot.

Esoknya kami berkunjung ke Manchester pula. Saya continue dalam entry lain.

melancong ke london, paris, amsterdam

Di Airport Heathrow, London

melancong ke london

Oyster kad yang kami beli melalui mesin.

 

melancong ke london, paris, amsterdam

Di Stesen Charing Cross

 

Trafalgar Square

Di Trafalgar Square

 

Horse Guard Parade

Horse Guard Parade

 

Melancong ke London 2017

Vivix di Big Ben

 

Inilah sedikit sebanyak gambar kami sewaktu berada di London baru-baru ni. Saya tahu ramai yang menyimpan impian untuk travel ke luar negara. Jika anda nak travel tanpa risau pun pasal belanja dan tak nak kacau duit gaji pun, jom jadi bisnes partner Shaklee saya.

In sha Allah kita sama-sama berjuang untuk meneroka bumi Allah yang luas ini.

Isi borang di bawah ok..

 

Atau whatsapp saya di 012 621 1883

Ibu Menyusu Risau Susu Merudum Bulan Puasa, Perlukah Makan Suplemen?

$
0
0

Ibu Menyusu Risau Susu Merudum Bulan Puasa, Perlukah Makan Suplemen?

Seorang ibu yang membawa anaknya yang berusia 5 bulan yang selsema ke klinik. Apabila sudah selesai sesi konsultasi, tiba-tiba dia bertanya,

“Doktor pam susu ke? Saya macam terdengar bunyi pam…”

“Ya..” Jawab saya, senyum. Dalam hati, janganlah nak tanya banyak-banyak. Maklumlah banyak pesakit perlu diuruskan ni.

“Banyak ke susu?”

“Boleh tahan la.. saya makan suplemen..”

“Perlu ke ibu menyusu makan suplemen doktor? Saya tak makan suplemen pun, banyak juga susu bila di pam…”

Nampak sangat nak kempen suplemen kan? Terlebih-lebih sudah menjawab, orang tak tanya pun. Sebenarnya bukan nak kempen suplemen, cuma nak kempen pemakanan yang sihat yang cukup semua nutrien. Yang mana kemungkinan besar sangat susah sekarang nak cukupkan keperluan nutrisi harian kecuali dengan suplemen.

Berdasarkan konsep supply dan demand, suplemen atau pemakanan langsung tak mempengaruhi penghasilan susu, tapi ibu-ibu harus ingat, pengambilan makanan yang seimbang, sihat dan nutrien yang cukup adalah sangat penting untuk ibu menyusu kerana keperluan kepada vitamin dan mineral meningkat sejak ibu mula mengandung dan  ibu menyusu untuk memenuhi keperluan dirinya dan bayi.

Saya mula makan suplemen Shaklee sebelum berkahwin dan sampailah bersalin anak 2, saya masih makan suplemen yang sama. Kalau ikut logik, masa belum berkahwin tak perlukan susu pun kan? Jadi nak menggalak susu apanya. Bukan ada anak angkat pun atau nak derma susu.

Sebenarnya makanan tambahan diperlukan untuk melengkapkan pemakanan harian kita. Dah tentu makanan yang diambil setiap hari perlukan seimbang dan sihat, kemudian barulah dilengkapkan dengan makanan tambahan. Tapi, kena ingat badan kita memang perlu banyak sangat nutrisi, zat dan mineral dan sebenarnya tak tahu pun berapa kadar sebenar yang diperlukan. Kalau kita perhatikan sekeliling, daripada pemakanan kita agak-agak cukup tak nutrisi yang kita dapat untuk bekalkan kepada sel kita setiap hari?

Cuba perhatikan makanan harian kita. Adakah seimbang komponen karbohidrat, protein, lemak dan seratnya? Adakah makanan yang kita makan sekarang boleh membekalkan nutrisi yang cukup untuk sel-sel kita. Kebanyakan kita lebih banyak makan makanan segera, makanan proses dan banyak pewarna dan perasa tiruan.

susu merudum bulan puasa

Ibu Yang Makan Suplemen Bukanlah Tak Mampu Susukan Anak

Apabila saya cadangkan vitamin kepada ibu yang mengadu susu badannya merudum, ada yang takut mereka dikatakan lemah dan badan tak dapat berfungsi dengan baik sehingga memerlukan bantuan. Mereka juga risau jika dikatakan mereka tidak jaga makan dan malas untuk mengambil makanan seimbang. Dan ibu yang berjaya menghasilkan susu tanpa suplemen atau penggalak susu dipandang sebagai sangat hebat kerana tak perlukan apa-apa bantuan luar.  Sebenarnya ibu boleh menghasilkan susu badan yang banyak tanpa suplemen atau penggalak susu jika faham konsep supply dan demand.

Cuma, saya memilih makanan tambahan kerana memikirkan pemakanan harian yang mungkin tak mampu lagi membekalkan nutrisi dan zat yang cukup untuk badan saya dan memikirkan kesan jangka panjang jika mengalami kekurangan zat makanan. Bukan kata malas nak makan makanan seimbang, tapi kebanyakan makanan sebenar yang kita makan sekarang, contohnya ayam adalah ayam ternak yang disuntik hormon supaya cepat besar dan antibiotik untuk mengelakkan sakit. Jadi, kot mana-mana pun, kebanyakan kita memang akan makan ayam ini. Memang ada ayam organik yang bebas daripada hormon dan antibiotik tapi harga pun agak mahallah. Bayangkan, dah berapa banyak bahan kimia yang dah masuk dalam badan kita?

Walaupun ibu menyusu memerlukan nutrisi yang lebih berbanding wanita lain, namun jika ibu tidak mendapatkan nutrisi yang cukup, susu ibu yang dihasilkan tetap berkhasiat untuk bayi, tapi lama kelamaan, badan ibu akan menderita kerana kekurangan zat makanan. Jadi, pilih makanan yang baik dan berkhasiat untuk diri sendiri, anak dan keluarga.

Faktor yang mempengaruhi penghasilan susu

Selain faktor supply dan demand, emosi ibu juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Apabila kembali bekerja, kebanyakan kita memang akan mengalami tekanan, badan letih dan penat serta kekangan masa untuk mengepam susu. Tak hairanlah, agak ramai ibu-ibu yang sudah bersedia dengan susu formula sebelum kembali bekerja, malah ada ibu yang silap faham bahawa susu ibu tak boleh diperah, disimpan dan diberikan kepada bayinya.

Alhamdulillah, sejak anak pertama saya masih mampu mengawal emosi  untuk mencukupkan stok susu. Mungkin kerana saya bekerja di klinik, dan lebih banyak duduk di meja, mungkin kerja mengepam menjadi lebih mudah. Namun, saya dapati sejak gunakan freemie, mengepam susu menjadi sangat-sangat mudah. Saya pam susu semasa merawat pesakit tau. Mujurlah ada freemie.

Setakat sekarang, saya cuba maintain pam sekurang-kurang 3 kali di klinik dan sekali pam, boleh dapat dalam 8-10 oz. Sebab bila kat rumah, anak-anak tidur lambat, atau kadang-kadang tak tidur malam, jadi mengepam di rumah adalah agak susah. Tapi alhamdulillah, sebab masih boleh maintain stok susu.

Dan in sha Allah, bila badan kita sihat dengan nutrien yang cukup, fungsi metabolisma badan menjadi lebih baik dan badan akan berfungsi dengan lebih baik. Nak kongsikan sedikit pengalaman saya semasa bertugas di klinik ibu dan anak apabila ibu mengandung yang datang buka buku pink dan mengalami anemia akibat kekurangan zat makanan. Masa tu, memang kami akan push Hb dengan zat besi. Sebenarnya anemia bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan zat besi semata-mata. Anemia boleh jadi disebabkan kekurangan vitamin B12, asid folik, mineral kuprum atau mangan, tetapi yang paling kerap terjadi disebabkan kurang zat besi. Saya paling tak suka bila ‘terpaksa memaksa’ ibu menelan terlalu banyak zat besi. Alangkah baiknya jika ibu dah ada bekalan zat besi yang cukup sebelum mengandung, jadi suplemen zat besi diberikan hanya untuk mengekalkan paras Hb normal sahaja.

Takutnya susu merudum bulan puasa

Tak lama lagi, bulan puasa akan menjelang tiba, ramai ibu-ibu yang risau susu merudum bila masuk bulan puasa. Maklumlah bila puasa, memang akan penat sikit. Tak ada masalah, tapi perlu konsisten dengan jadual pam sekarang dan perlu dapatkan makanan yang boleh memberi kesan kenyang dan tenaga yang lebih lama.

Selamat berjaya dan boleh jadikan tips menyusu semasa bulan ramadhan sebagai panduan.

Set Menyusu Yang Saya Amalkan Sampai Sekarang

Tips menyusu bulan puasa

 

Jika ada sebarang masalah sepanjang penyusuan atau nak order Set Menyusu Shaklee boleh isi borang di bawah.

 

Jika anda nak guna kredit kad atau debit kad, boleh klik gambar sekarang.

beli sekarang


Apa Hadiah Hari Ibu Yang Paling Mak Suka Dan Pasti Nama Kau Selalu Disebut-Sebut?

$
0
0

Apa Hadiah Hari Ibu Yang Paling Mak Suka Dan Pasti Nama Kau Selalu Disebut-Sebut?

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia. Semoga ibu-ibu semua diberkati dan disayangi Allah kerana telah menyayangi, menjaga dan mendidik kami sejak kecil lagi.

Anak-anak dah ucap kat mak Selamat Hari Ibu

Tak payahlah jawab, setiap hari hari ibu ye..

Kalau yang gitu baguslah. Hari-hari ucap terima kasih kat mak. Ni yang setahun sekali pun susah, nak juga ada event macam ni. Baru boleh cakap. Ambil kesempatan untuk cakap kat mak yang kita sayang dan sangat berterima kasih pada mak.

hadiah hari ibu 2017

Apa Hadiah Yang Nak Bagi Sempena Hari Ibu?

Ada anak-anak yang bagi duit setiap bulan kat mak dan ayah. Tapi sebenarnya pernah kita tanya tak dia, apa sebenarnya yang dia mahu? Adakah dia mahukan harta saat dah tua ni?

Pernah tanya tak?

Dan apa pula harapan kita pada mak dan ayah sebenarnya? Apa yang kita harapkan jadi pada mereka pada usia emas ni?

Harta Paling Berharga Ialah Kesihatan

Kalau saya, yang berada jauh daripada mak ayah, saya cuma harapkan mereka sihat saja. Anak-anak semua jauh. Adalah adik bongsu yang baru habis SPM. Tapi okla jugak sebab rumah saudara-mara semua dekat saja. Tapi, riisau jugakkan kalau sakit, anak-anak tak ada kat rumah.

Ingat lagi masa mak sakit perut sangat hari tu. Alhamdulillah ayah pun masih kuat dan boleh bawa mak ke hospital. Rupanya disahkan menghidap batu karang hempedu. Tapi, lepas makan ubat sakit mak tak juga kurang-kurang. Alhamdulillah lagi sebab kakak ada kat kampung masa tu. Bila dibawa ke hospital swasta, doktor plan nak operate. Rupanya bila dah buka, pundi hempedu mak dah bengkak dan ada jangkitan. Kalau tak buang segera, mungkin boleh meragut nyawa.

Ya, Allah.. kuatnya sorang mak. Depan kami langsung dia tak tunjukkan yang dia begitu sakit.

Apa lagi yang mak ayah kita nak, kalau bukan kesihatan..

Dan saya pasti mak ayah orang lain pun tentukan inginkan taraf kesihatan yang baik. Dah tua-tua ni tak ada benda lain yang mereka nak tumpukan selain ibadah. Kalau badan pun sihat, tentu ibadah lebih bertenaga.

Buatlah sesuatu untuk kesihatan mak ayah kita. Sebab mereka lah yang berkorban seluruh kehidupan mereka untuk kita.

Vivix adalah salah 1 suplemen berkualiti yang boleh meningkatka taraf kesihatan seseorang terutamanya warga emas.

Banyak kajian dijalankan ke atas resveratrol yang merupakan bahan aktif dalam Vivix yang memberi manfaat kepada kesihatan.

Jangan bertangguh lagi. Buatlah sesuatu untuk gembirakan mak ayah. Tu pun cara kita membalas budi mereka.

semua orang perlukan vivix
kenapa badan selalu letih

Vivix mungkin satu-satunya cara untuk menjaga kesihatan mak ayah kita dengan izin Allah. Kalau mak ayah orang lain umur 60-70 tahun masih bertenaga dan boleh travel luar negara lagi, kenapa bukan mak ayah kita?

Melaburlah untuk kesihatan mak ayah yang tiada galang ganti.

Isi borang ini untuk tempahan atau konsultasi atau whatsapp Fyda di 012 621 1883

 

Pengedar Shaklee Subang Berkongsi Petua Cantik Di Hari Perkahwinan

$
0
0

Pengedar Shaklee Subang Berkongsi Petua Cantik Di Hari Perkahwinan

Permintaan terhadap vitamin Shaklee semakin tinggi sekarang sebab ramai yang dah sedar pentingnya menjaga kesihatan. Dan dengan memiliki dalaman yang sihat, akan ditunjukkan melalui penampilan luaran. Jadi, nak kelihatan cantik kat luar, dalaman kenalah cantik juga.

Kenapa pengantin perempuan mesti pilih vitamin Shaklee?

Sebab vitamin Shaklee ialah vitamin semulajadi yang dijamin selamat, berkesan, halal dan mendapat kelulusan KKM.

Shaklee melabur berjuta-juta USD untuk penyelidikan bagi meningkatkan kualiti produknya dan merupakan satu-satunya produk yang dibuktikan mampu mengurangkan penyakit kronik melalui kajian. Kalau nak baca lebih lanjut, boleh klik Landmark Study.

raja sehari

5 Syarat Gaya Hidup Sihat

Kalau sebut pasal gaya hidup sihat, tentu terbayang dalam fikiran kita piramid makanan, bersenam dan jauhi rokok. Sebenarnya ada 5 amalan wajib untuk gaya hidup sihat.

1. Makanan yang sihat dan seimbang. Seboleh-bolehnya pilih makanan organik yang bebas GMO, bebas racun serangga dan racun rumpai.

2. Bersenam secara konsisten dan sederhana.

3. Kesihatan mental dengan bergaul secara sihat dengan jiran-jiran dan orang sekeliling.

4. Kesihatan spiritual, iaitu hubungan kita dengan Tuhan. Salah 1 cara untuk mencapai kesihatan spirtual selain daripada ritual ibadah ialah dengan mendekatkan diri dengan alam. Sekali-sekala pergilah ke taman, pantai atau panjat bukit ke..

5. Pengambilan suplemen yang berkualiti. Shaklee adalah salah satu suplemen terbaik di dunia dan dijamin selamat, berkesan dan mesra alam.

Mungkin anda tak boleh tunggu lama sebab nak dapatkan sangat vitamin Shaklee. Saya perkenalkan Pengedar Shaklee Subang/Shah Alam, Puan Elliana atau nama glemernya CIK ELL.

cantik di hari perkahwinan

Kepakaran CIK ELL ialah:

1. Cadangan dan konsultasi vitamin untuk anda yang ada masalah kulit. Contohnya jerawat, jeragat, kulit kusam dan kulit tak bermaya.

2. Jika anda tersalah gunakan produk yang merosakkan kulit muka anda, jangan risau Cik ELL akan bantu untuk atasi masalah tersebut.

3. Selain daripada vitamin untuk cantikkan kulit, cik ELL juga pakar skincare Shaklee yang selamat, berkesan dan bebas bahan kimia.

Kalau awak kontek Cik ELL, nanti dia ajar cemana nak jaga kulit muka dan produk apa yang sesuai untuk awak. Lebih-lebih lagi kalau awak nak kahwin dalam masa terdekat. Kalau kulit muka ok, nak mekap pun lagi senang kan? Mesti mak andam pun happy je.

Cakap banyak pun tak guna, sepak bola pun tak kena.

Untuk konsultasi kecantikan dan tempahan produk yang sesuai dengan anda, jemputlah kontek cik ELL – 019 933 5293

 

8 Punca Berak Berdarah. Nombor 8 Paling Menakutkan

$
0
0

8 Punca Berak Berdarah. Nombor 8 Paling Menakutkan

Anak-anak yang sedang membesar adalah anugerah yang tidak ternilai. Antara perkara yang menakutkan ibu apabila mendapati anak berak berdarah. Sebenarnya orang tua pun boleh berak berdarah juga cuma kalau budak-budak tu mungkin risau sangat-sangat. Pendarahan melalui dubur biasanya disebabkan oleh luka pada kawasan sekitarnya, dan boleh sembuh sendiri walaupun mungkin mengambil masa. Namun, mesti bawa pergi klinik supaya dapat dipastikan betul-betul oleh doktor.

Warna daripada boleh menentukan punca pendarahan itu. Pendarahan dalam sistem penghadaman boleh dibahagikan kepada dua. Pendarahan saluran penghadaman atas dan bawah. Jika darah segar, merah dalam bentuk cecair pendarahan sama ada di dubur, rektum atau kolon sigmoid, iaitu pendarahan pada bahagian bawah. Sekiranya darah itu lebih pekat atau bercampur dengan najis, pendarahan adalah pada bahagian usus kecil atau perut. Pendarahan pada bahagian atas saluran penghadaman bukan saja menjadikan najis hitam malah berbau busuk dan likat seperti tar (mau cuba tunjuk najis ni kepada perokok. Dalam rokok kan ada tar. Jijiknya jika masih terus merokok)

sebab berak berdarah

Sebab munculnya darah dalam najis (pendarahan bahagian bawah dalam sistem penghadaman)

1.Buasir (paling kerap berlaku)

2.Sembelit

3.Luka pada dubur (anal fissure)

4.Polyps

5.Ulser

6.Keradangan (inflammatory bowel sindrome)

7.Diverticulitis

8.Perubahan awal kanser

Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor yang boleh memberi cadangan mengenai perubahan gaya hidup, pemakanan, senaman dan makanan tambahan jika perlu. Doktor juga perlu menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian untuk mengesan punca pendarahan.

Tips pemakanan untuk najis berdarah

-Pastikan anda mendapat serat yang cukup untuk melancarkan pergerakan usus

-Pastikan anda mendapat air yang cukup (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) untuk mengelakkan najis mengering dan menjadi keras yang akhirnya terpaksa teran dengan sesungguh hati untuk mengeluarkannya.

-Anda boleh cuba minum air suam yang dicampur setengah biji lemon pada awal pagi kerana lemom memberi manfaat kepada usus dengan mencucinya dan menggalakkan pergerakan usus.

-Banyakkan makan sayuran dan buah mentah untuk membantu pergerakan usus. Antara buah dan sayuran itu termasuk : betik, pisang, lemon, nanas dan epal.

-Teh herba juga boleh membantu penghadaman, melegakan sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.

-Tingkatkan makanan yang mengandungi vitamin C.

Perubahan gaya hidup

-Untuk mengelakkan pendarahan dubur, perlulah mengelakkan sembelit.

-Tingkatkan fungsi hati dan percernaan.

-Elakkan meneran ketika membuang air besar dan senaman adalah cara paling mudah untuk menggerakkan usus.

Rawatan semulajadi untuk buasir

Pastikan najis sentiasa lembut dengan menambah serat atau pelembut najis dalam makanan. Antaranya ialah jus aloe vera atau oat. Dan air masak juga perlu diminum secukupnya. Selain melembutkan najis, jus aloe vera juga boleh mengurangkan keradangan dan melegakan usus.

Probiotik untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan boleh mengurangkan sembelit.

Minyak ikan boleh melembapkan usus dan melincirkan usus.

Vitamin C dan vitamin A adalah antioksida yang membantu pergerakan usus, membuang bahan buangan, meningkatkan integriti dinding usus dan merupakan bahan anti radang.

Pilihan Saya Untuk Lancarkan Sistem Penghadaman

Untuk sistem penghadaman yang sihat saya memilih Vivix, DTX, Peppermint ginger Shaklee, Alfalfa dan Herblax.

Vivix

Agen detoks darah dan detoks usus yang terbaik.

DTX

Untuk mencuci hati dan bantu badan untuk mengekalkan hati yang sihat.

Herb-Lax

Untuk pembersihan usus dengan membersihkan najis yang tersekat.

Merangsang usus untuk percepatkan pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh

Tak perlu dimakan setiap hari. Seminggu sekali pon dah cukup. Lepas makan Herb-Lax memang rasa ringan sangat badan sebab dah keluar semua yang tersekat tu.

Peppermint Ginger

Yang ini memang saya makan setiap hari hari selepas makan, untuk memudahkan penghadaman. Maklumlah, saya ni jenis makan laju, kadang-kadang penghadaman tak betul dan mula lah perut masuk angin. Jadi, Peppermint Ginger bantu keluarkan angin

Alfalfa Complex

Salah satu produk kegemaran saya juga. Selain digelar ‘Raja Makanan’, alfalfa kaya dengan khasiat. Alfalfa adalah produk pilihan saya untuk membuang toksin dalam badan. Sejak makan alfalfa setiap hari akan membuang dan najis pun lembut. Sorry, cerita pasal najis plak.

rawat buasir

Hubungi saya untuk bantu masalah kesihatan anda. Jangan biar lama-lama nanti masalah makin melarat dan makin susah untuk dikawal. Mengekalkan kesihatan adalah lebih mudah daripada mengembalikan kesihatan yang hilang.

Atasi Masalah Haid Tak Teratur, Penyebab Badan Lesu Tak Bertenaga

$
0
0

Atasi Masalah Haid Tak Teratur, Penyebab Badan Lesu Tak Bertenaga

Period yang tak teratur atau tak lancar, memang masalah besar bagi wanita. Memang perubahan hormon boleh menyebabkan seorang wanita selalu penat, hilang mood dan mood swing.

Ada yang stress dan emosi memanjang. Ada juga yang jadi jerawat teruk. Penat badan. Kalau nak tahu hormon estrogen melindungi tulang wanita. Jadi, kalau hormon estrogen tak betul, risiko tulang rapuh atau osteoporosis sangatlah tinggi.

Yang paling stress sebab susah nak dapat cahaya mata. Bagi pasangan yang dah kahwin, tentulah cahaya mata akan menyerikan lagi rumah tangga kan?

Yerlah, tak period kan. Macam mana nak dapat dapat anak kan? Bukan mustahil untuk mendapat anak, tapi peluangnya agak tipis.

Bagi pasangan yang dah berumah tangga, langkah pertama yang perlu dibuat ialah pastikan period lancar dulu.

Setiap bulan biar period menjengah. InshaAllah mudah untuk merancang kehamilan.

Macam Puan Dr X ni, period dah jadi teratur dah dengan pengambilan Vivix. Alhamdulillah.

haid tak lancar apa penyebabnya

Lagi yang kita risau bila period tak teratur, atau sikit-sikit keluar takutnya dia patah balik ke dalam falopian tiub, seterusnya berisiko tinggi untuk penyakit endometriosis.

Vivix mungkin satu-satunya cara paling selamat dan berkesan untuk betulkan balik kitaran haid anda. Produk Shaklee takkan keluar di pasaran selagi belum terbukti selamat kepada manusia. Produk Shaklee semuanya lulus KKM sebelum dipasarkan. Bukannya pasarkan dulu, baru apply KKM.

Mau Vivix untuk lancarkan period? Usah malu usah segan, whatsapp aje ke

012 621 1883 ya. Nama saya Fyda. Atau boleh isi borang di bawah.

Bantu Wanita Atasi Kesan Putus Haid Yang Tak Selesa

$
0
0

Bantu Wanita Atasi Kesan Putus Haid Yang Tak Selesa

Menopause adalah satu fasa normal dalam kitar hidup seorang wanita. Dalam fasa menopaus, penghasilan hormon estrogen akan berkurang. Jadi, wanita itu akan mengalami putus haid atau menopause dan tidak menghasilkan ovum lagi. Penurunan hormon estrogen ini menyebabkan pelbagai gejala seperti:-

  • Ketidakselesaan badan secara keseluruhan atau pada vagina kerana mengalami kekeringan.
  • Masalah emosi tidak stabil
  • Jangkitan kuman mudah terjadi di bahagian sulit
  • Osteoporosis atau tulang rapuh. Walaupun dengan trauma yang ringan, tulang boleh patah.
  • Kulit kering dan berkedut

Setiap wanita harus bersedia untuk menghadapi fasa menopause ini. Tapi ramai wanita yang pasrah saja menghadapinya kerana menganggap itu adalah perkara normal yang patut berlaku. Sehingga memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan.

Segalanya boleh diatasi jika kita bersedia dari awal.
umur putus haid

Set Amazing Golden ini direka khas untuk wanita yang bakal, sedang dan telah memasuki fasa menopause. Ia terdiri dari:

Vivix:

  • Tonik anti penuaan yang terbukti secara sains.
  • Memperbaiki sel hingga ke DNA.
  • Membantu melembutkan kulit dan membantu kehidupan suami isteri.

GLA Complex:

  • Membantu keseimbangan hormon wanita.

Omega Guard:

  • Membantu mengurangkan keradangan.
  • Membantu dalam ketumpatan tulang.

Ostematrix:

  • Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Menguatkan matrix tulang untuk mengelakkan osteoporosis.

Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C

  • Multi vitamin dan multi mineral yang membantu menjaga fungsi tubuh secara keseluruhan.

ESP

  • Minuman protein yang bekalkan kesemua asid amino untuk membaiki dan membina sel baru.

Sebagai menyokong pengambilan suplemen di atas, seorang wanita itu mestilah juga melakukan senaman dan mengambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.

rawatan putus haid

Apa lagi hadiah paling istimewa dan diperlukan oleh seorang ibu untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa dan positif? Sebagai anak, tanggungjawab kita untuk sediakan kehidupan berkualiti kepada ibu bapa kita pada hari-hari tuanya.

Order sekarang tau, dengan isi borang di bawah.

Kalau nak order sendiri, boleh klik saja gambar dibawah

beli sekarang

Bagaimana Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin

$
0
0

Bagaimana Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin

Saya mula mengambil supplement Shaklee sejak hamil anak pertama. Tapi masa anak pertama, saya tidak berapa konsisten. Dalam pantang, saya alami sembelit hingga 10 hari tak buang air besar. Sebetulnya saya takut jahitan terbuka semula, sebab tu tak berani nak buang air besar.

Bukan sikit, tapi ramai ibu yang takut nak buang air besar takut jahitan terbuka balik. Kalau terbuka balik jahitan tu, mimpi ngeri kot. Sampai ada ibu yang serik nak bersalin lagi.

ibu lepas bersalin kena sembelit

Namun, segalanya berubah bila saya makan Ostematrix selepas itu. Alhamdulillah, buang air besar jadi lancar. Boleh bayangkan 10 hari tak membuang. Adoi… lega sangat.

Set Bersalin Shaklee adalah asas bagi ibu yang baru melahirkan anak, khusus untuk menambahkan tenaga selepas bersalin, membantu pembuangan air besar dan mempercepatkan penyembuhan luka, sekaligus membantu dalam penyusuan susu ibu.

Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee?

ESP

Susu soya yang kaya protein untuk mempercepat penyembuhan luka dan membantu penghasilan susu badan.

VitaLea

Multivitamin & multimineral yang membekalkan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu untuk mengganti zat yang digunakan untuk buat susu.

Vita-C

Menggalakkan penghasilan kolagen supaya luka cepat sembuh.
B Complex – vitamin B sangat diperlukan untuk bantu ibu mengawal stress selepas bersalin.

Ostematrix

Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang membantu melawaskan pembuangan air besar ibu dan sangat penting untuk tulang ibu dan bayi.

OmegaGuard

Mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi. Selain itu asid lemak omega-3 bantu ibu dapatkan berat badan ideal semula.

Kami jua menyediakan set ini dengan add on milk booster dengan tambahan:

Alfalfa

Digunakan sejak zaman berzaman sebagai milkbooster dan sangat bagus untuk kesihatan rahim. Malah mendapat jolokan kacip fatimah moden.

elakkan sembelit lepas bersalin

Untuk tempahan atau konsultasi, boleh hubungi saya di 012 621 1883, atau isi saja borang di bawah.

 

Percutian Mewah Ke Jepun Yang Tak Perlu Bayar 1 Sen Pun

$
0
0

Percutian Mewah Ke Jepun Yang Tak Perlu Bayar 1 Sen Pun

Semalam, selamatlah delegasi Shaklee kembali ke Tanah Air selepas 8 hari 6 malam bercuti di Jepun. Bercuti betul, tu yang tak tahan. Excited sangat rasanya nak update pasal trip ke Jepun. Saya tak pergi pun trip Jepun ni, tapi auranya memang terasa bila dorang yang pergi asyik update kat group whatsapp dan di Facebook. Walaupun masih berhutang trip ke Europe hari tu, tapi nak juga update pasal Jepun ni. Percutian mewah hokay..

Trip Shaklee adalah lebih kepada rewards atau ganjaran kepada orang yang betul-betul usaha keras untuk memperkenal Shaklee kepada ramai orang. Kalau rewards tu maksudnya memang mewah gila, memang dilayan macam raja. Bayangkan kos makan saja selama seminggu sama dengan kos makan 5 tahun orang tempatan Jepun. Tu baru makan kot…

makanan halal di jepun

Sampai-sampai Nagoya, terus dibawa ke Toki Outlet. Menswap kredit kad jelah jawabnya. Yang bestnya barang-barang kat sana lebih murah dalam 20-30% atau lebih daripada tu.

Tempat tinggal diorang ialah Suimeikan Hotel, di Gore. No idea kat mana. Tapi, memang kawasan kampung. Kampung-kampung pun, subhanallah… hotel tu ialah hotel mewah yang rekabentuknya digabung rumah tradisional Jepun dan resort. Siap ada hot spring yang sokmo ada dalam cerita Jepun tu. Perjalanan nak sampai sana pun dah cantik sangat. Tergoda, terbakar dengan gambar-gambar yang dorang post.

Dan Shaklee memang sokmo buat surprise. Sampai-sampai bilik terus ada hadiah kat bilik. Setiap orang dapat 1. Kalau ada budak-budak lagi best. Kerja mengumpul hadiah saja. Dan dapat yukata sorang satu. Yukata ialah pakaian tradisional Jepun, macam kimono tu. Tapi kimono lagi mewah la. Harga Yukata yang Shaklee bagi ialah 10,000 yen. Saya pun pernah beli yukata time di Osaka dulu, tapi yang harga paling murah, 1,000 yen saja.

percutian murah ke luar negara

Hadiah daripada Shaklee yang diletak dalam bilik. Comel kan?

 

minuman protein untuk diet

Bila dibuka, inilah dia.Tengok kotak pun dah terliur

Comel je hadiah dorang balut dalam kain macam biasa-biasa orang Jepun bawa. Dalam bungkusan itu juga ada Instant Protein yang pelbagai perisa. Hanya ada di Jepun. Untunglah dorang pergi sana, yang bertungkus-lumus, akhirnya dapat hadiah yang paling diidamkan oleh semua SID. Menangis lagi orang yang tak dapat pergi.

Pengalaman sangat bila makan malam pakai yukata dan jalan-jalan di Takayama pun pakai yukata. Sebab dalam group ramai-ramai semua orang pakai, rasa bangga pula bila orang Jepun pun tengok aja mereka berjalan.

kimono murah malaysia

Gadis melayu beryukata

Shaklee juga bawa delegasinya ke Snow Wall Alpine Route di Tateyama. Khabar-khabarnya Shaklee ialah satu-satunya syarikat MLM yang bawa pengedar dia ke Alpine Route. Mahal wehh trip ni. Shaklee juga tempah khas bilik hotel untuk ahli rombongan beragama Islam bersolat.

Shaklee memang jaga betul orang Islam. Sampaikan masa malam dinner dengan Dr Kojima, iaitu saintis yang cipta Nutriferon (penggalak sistem imun) ada admin berbisik kat dia jangan hulur tangan kat orang pakai tudung. Doktor tu dah 92 tahun kot, tapi masih cergas dan tegap.

melancong ke jepun

Main salji di Tateyama

Lagi bertuah bila Shaklee nak ahlinya rasa petik strawberry walaupun musim dah nak habis. Kalau ikut musim strawberry dari Januari hingga awal Mei. So, tengah-tengah bulan 5 tu memang takde strawberry dah. Tapi, ladang ni tanam special untuk Shaklee, supaya sempat dorang p petik. Hanya grup Shaklee Malaysia saja yang ada dalam ladang itu pada waktu itu. So special kan?

Naik cruise Sumida river ke Odaiba pun Shaklee tempah khas untuk delegasi Malaysia sahaja.

Hari-hari terakhir sebelum balik, mereka di bawa ke ofis Shaklee di Tokyo. Mak aii.. lagi banyak produk-produk Shaklee yang best ada kat sana. Macam Instant Protein pelbagai perisa tu, barang-barang mekap dan skin care yang lagi best. Shaklee pun ada benda-benda mekap ni tapi susah nak masuk Malaysia sebab kena cek KKM lama sangat.

Bila tulis ni, rasa alami sendiri. Memang tempting sangat.
Best tak trip ni? Memang best lah kan. Free pulak tu. Roughly, Shaklee belanja lebih kurang RM20k untuk setiap seorang. Tapi, orang yang pergi trip ni tak payah bayar 1 sen pun.

Apa lagi, jom buat bisnes Shaklee kalau anda belum buat lagi. Nak buat bisnes, PM Fyda 012 621 1883. Jangan risau, nak join Shaklee tak perlu modal ribu-ribu pun. Ratus ratus jer untuk dapatkan keahlian percuma. Tak sampai 100 pun untuk daftar dan terus boleh bisnes bermodalkan air liur.

Kalau yang dah buat Shaklee tu, buat betul betul yer. Peringatan untuk saya juga. Tapi, memang dah terbakar. Saya doakan kita sama-sama kaya dan berjaya. Tanamkan azam. Satu hari nanti aku mesti berjaya. Tahun depan kita jumpa atas Cruise Mediterranean. In sha Allah.

Kalau anda nak jadi ahli Shaklee dan rebut peluang percutian mewah ni, boleh isi borang di bawah. Saya akan reply secepat mungkin.


Menyusukan Bayi Di Bulan Ramadhan, Apa Persediaan Yang Boleh Ibu Lakukan

$
0
0

Menyusukan Bayi Di Bulan Ramadhan, Apa Persediaan Yang Boleh Ibu Lakukan

Alhamdulillah..

Hari ini kita dah mula berpuasa. Ramai dikalangan ibu mengandung dan menyusu yang risau untuk berpuasa. Memang sedih la kan. Bulan puasa datang setahun sekali saja, tapi kita tak boleh puasa pula. Lebih baik bincang dengan doktor dulu, sama ada tahap kesihatan anda layak atau tidak untuk berpuasa. Sebab, Allah memang sayangkan ibu-ibu semua dengan beri keringanan untuk berbuka.

Saya nak cerita pengalaman ganti puasa tahun lepas. Masa tu anak kedua saya, Nufa berusia 5 bulan. Memang bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Tapi, apa nak buatkan, kena ganti puasa juga.

Saya sahur jam 2 pagi, kebetulan anak terjaga minta susu. Lepas menyusu, rasa lapar dan terus makan. Nak tunggu pukul 4 pagi, macam lama lagi, jadi tertidur balik. Bangun-bangun dah masuk subuh. Itulah sahur saya, jam 2 pagi.

Alhamdulillah, pagi tu saya berjaya pam susu dan dapat 18 oz untuk 1 sesi. Memang tak larat dah nak perah, tu sajalah.

susu merudum di bulan puasa

Berpuasa Dan Boleh Pam Susu Macam Biasa

Ramai orang dah tahu milkbooster Shaklee iaitu — ESP & ALFALFA. Dan memang saya, alhamdulillah konsisten amalkan kedua-dua suplemen ini.

Tapi, secara peribadi, saya lebih suka cadangkan SET HEALTHY POSNATAL yang turut mengandungi — Vitalea, Vit C, Vitamin B Co, OmegaGuard & Ostematrix (juga termasuk ESP & Alfalfa)

Badan wanita lepas bersalin dah hilang banyak tenaga, dan dalam tempoh berpantang, kena jaga baby lagi, malah ada yang kena uruskan kerja rumah. Dan tentu penat, stress, sakit-sakit badan dan pelbagai masalah yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan. Dalam keadaan begini, ramai mak yang mengalami masalah susu kurang. Lagi-lagi bagi mak yang bekerja.

Sebab itu, ambil lah banyak mana pun milkbooster, tapi kalau badan mak itu sendiri penat, lenguh, lesu. Di tambah dengan stress. Makan pula tak menentu dan rehat tak cukup.

Automatik susu akan jadi sedikit. Sebab emosi ibu dah terganggu.

Konsep supply dan demand juga sangat berkait rapat dengan badan yang sihat, segar, cukup nutrisi dan juga sangat berkait rapat dengan emosi mak. Mak yang ceria dan gembira akan menghasilkan susu yang mencukupi. InsyaAllah.

cantik di hari raya

Saya memang mula makan vitamin sejak sebelum kahwin dan meneruskan vitamin yang sama sampailah bersalin anak kedua. Saya mungkin tak rasa beza antara makan vitamin atau tak. Tapi yang saya rasa, penyusuan adalah sangat-sangat mudah.

Sebab itu saya lebih suka cadangkan SET HEALTHY POSTNATAL ini kepada mak2. Set ini bukan hanya fokus kepada banyakkan bekalan susu semata-mata, tetapi membantu kesihatan mak dari dalam.

Sebagai seorang mak, walau sesibuk mana pun, sukar untuk ambil MC daripada tugas seorang emak.

Betul kan?

Untuk tempahan atau konsultasi set bersalin/set penyusuan, sila isi borang di bawah.

 

Tips Tingkatkan Susu Ibu Pada Bulan Puasa

$
0
0

Tips Tingkatkan Susu Ibu Pada Bulan Puasa

Soalan yang paling popular dikalangan ibu menyusu dalam bulan puasa ini adalah susu yang merudum apabila berpuasa, malah ada ibu yang menangis-nangis dan mengadu bahawa stok susunya semakin habis, sedangkan susu makin sikit. Macammana nak kumpul stok?

Ada ibu pernah mengadu pada saya. Senang sangat jaga baby dia. Sebab malam-malam tidur saja sampai pagi. Jadi dia pun ikut tidur. Tak perlu nak berjaga macam ibu-ibu lain. Kalau kat pejabat, pam susu ikut sempat jelah. 2-3 kali pun dah cukup banyak dah.

Tapi bila tiba bulan puasa, susu mula kurang walaupun beliau sering bertukar milk booster, termasuklah coklat untuk banyakkan susu, habbatussauda, kurma dan ESP Shaklee.

Tips menyusu ketika berpuasa

Apa sebenarnya masalah ibu ini?

Perkara pertama yang perlu difahami ialah konsep penyusuan. Satunya dah tentu supply & demand. Makin banyak susu dikeluarkan, makin banyak susu yang akan dihasilkan.

Yang kedua, untuk menghasilkan susu yang banyak, sangat berkait rapat dengan emosi ibu. Ibu yang sentiasa bertenang dan ceria akan meningkatkan penghasilan hormon prolaktin. Hormon prolaktin ni fungsi dia menghasilkan susu ibu.

Kalau ibu jarang menyusukan anak atau jarang mengepam susu, kemungkinan besar paras hormon prolaktin dalam badan ibu mula berkurang.

Bila prolaktin dah kurang, automatik penghasilan susu pun makin berkurang.

6 perkara ibu menyusu perlu tahu

1. Secara purata, bayi menyusu hanyalah 2-3oz atau 3-4oz untuk satu sesi penyusuan.

2. Secara purata, ibu normal akan menghasilkan 3-4oz susu untuk satu sesi perahan.

3. Ibu bekerja perlu memerah susu dengan kerap untuk memastikan paras hormon prolaktin sentiasa maintain dan tidak menurun. Jika hormon ini menurun, itulah penyebabnya susu makin berkurang.

4. Ibu perlu ada target jumlah susu yang ingin dicapai setiap hari dan ibu perlu berusaha untuk mencapainya. Dengan ini, badan akan melakukan pengubahsuaian untuk mencukupkan jumlah susu yang diperlukan oleh ibu.

5.Penghasilan susu turut berkurang sekiranya ibu mengalami kekurangan nutrisi ataupun kekurangan air.

6.Ibu tidak seharusnya terlalu bergantung kepada stok susu sedia ada, sebaiknya stok susu perlu disediakan setiap hari.

7.Ibu tak perlu bandingkan diri dengan ibu lain yang buat stok susu penuh 1 peti sejuk.

Melihat kepada situasi ibu ini, susunya mula merudum sejak bulan puasa. Jadi, kemungkinan besar, ibu mengalami kekurangan air ataupun dehidrasi. Ibu perlu tahu bahawa ibu menyusu diberi keringanan dalam berpuasa sekiranya risaukan diri atau bayi yang tidak cukup susu. Gunakan rukhsah ini sebaiknya berdasarkan keadaan ibu dan bayi kerana semua orang tidak sama. Buatlah mengikut kemampuan sendiri.

Sekiranya ibu ingin berpuasa, maka perhatikanlah pilihan menu sewaktu bersahur dan berbuka. Pastikan makanan yang dipilih membekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu menyusu dan ibu juga perlu pastikan pengambilan air yang cukup sebanyak 8 gelas selepas berbuka puasa dan sepanjang malam.

Tips elakkan susu ibu merudum pada bulan puasa.

Saranan untuk ibu ini

1. Meningkatkan kekerapan pam susu di pejabat. Ibu boleh gunakan panduan mengepam susu di pejabat untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

2. Melakukan power pumping pada waktu malam, memandangkan bayinya tidur nyenyak dan tidar berjaga malam, jadi masa untuk pam waktu malam adalah lebih panjang. Dan pada waktu malam, hormon prolaktin adalah lebih tinggi, jadi waktu malam ialah waktu paling sesuai untuk pam susu.

3. Elakkan penggunaan milk booster dengan banyak pada satu-satu masa. Mungkin akibat sering bertukar milkbooster, ibu tidak sempat merasai kesan terhadap susu, malah makanan tersebut akan menjadi beban kepada badan untuk dicernakan. Harus diingat, milkbooster bukanlah magik, tetapi ibu perlu mengamalkan tips menambahkan susu ibu untuk penghasilan susu yang lebih banyak.

4. Banyakkan makanan untuk meningkatkan hormon prolaktin, termasuk:
–Oats, barli, gandum
–Lada hitam, bawang putih, bawang merah
–Bayam hijau, kacang pis, kacang kuda, badam, asparagus, lobak merah, daun seleri, salad, kentang
–Salmon, tuna

Semoga dengan tips-tips yang diberikan dapat membantu ibu untuk menambahkan susu ibu dan tetap berpuasa dalam bulan yang mulia ini. Semoga pengorbanan ibu yang sedikit diberi ganjaran yang besar oleh Allah.

Saya Menyusukan Anak Dan Amalkan Suplemen Shaklee

cantik di hari raya

Ada pendapat kata ibu menyusu tak perlukan suplemen atau milkbooster. Amalkan saja konsep supply & demand, pasti susu akan cukup. Ya, nak cukupkan susu, nak banyakkan susu sebenarnya bukan susah. Kerapkan mengepam.

Tapi, pada masa yang sama sel yang menghasilkan susu perlukan nutrisi yang lebih banyak. Sebab itu saya pilih Set Penyusuan Shaklee untuk lengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan saya. Apatah lagi, dengan gaya hidup sekarang agak sukar untuk cukupkan nutrisi daripada pemakanan semata-mata.

Jika ibu berminat untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, boleh PW saya di 012 621 1883 atau jemput isi borang ini.

5 Tawaran Menarik Shaklee Yang Tak Patut Dilepaskan Sepanjang Bulan Puasa

$
0
0

5 Tawaran Menarik Shaklee Yang Tak Patut Dilepaskan Sepanjang Bulan Puasa

Bulan puasa bulan penuh nikmat dan berkat. Macam-macam ganjaran yang telah Allah janjikan.

Shaklee pun ofer banyak tawaran istimewa bulan ni. Nak tau apa yang Shaklee ofer? Teruskan baca sampai habis ya..

1. Blender Ferrano dengan Shaklee printed

Yang paling saya suka – sebab boleh buat macam-macam resepi smoothie dan ice blended yang best. Iaitu penjimatan 50% untuk blender Ferrano.

Shaklee dah banyak test blender untuk blend ais dengan lancar tanpa gegaran.

Dengan pembelian produk Shaklee dalam RM900 anda layak beli blender ni dengan harga RM150. Harga sebenar kurang lebih RM300.

Mesti syiok kan buat ice blended dengan blender dengan kuasa motor ala-ala Ferrari.

blender sesuai untuk ice blended

2. Set Ramadhan

1 set Ramadhan yang mengandungi ESP, Mealshakes, Performance Drink dan Lecithin. Set yang wajib digrab cepat-cepat sebab ESP tu memang ramai sangat peminatnya. Sekejap-sekejap habis stok. Rugilah kalau nak tunggu-tunggu lagi. Dengan pembelian set ini, anda boleh grab 2 biji paper bag Shaklee. Boleh la bawa telekung pergi sembahyang terawikh.

–ESP ialah minuman soya protein tinggi, supaya boleh tahan kenyang lebih lama.

–Mealshakes ialah multivitamin berasaskan soya untuk melengkap nutrisi yang mungkin berkurang semasa puasa.

–Performance Drink mengekalkan bendalir dalam badan.

–Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak. Maklumlah walaupun siang hari tak makan, tapi bila buka puasa macam-macam masuk dalam perut.

resepi berbuka puasa sebulan

 

Jadi ahli Shaklee dan berpeluang beli Set Lunchbox Rubbermaid

Daftar ahli Shaklee dan beli sebarang produk kurang lebih RM300++ dan anda layak beli Lunchbox jenama Rubbermaid dengan harga semurah RM16.96.

Ada 2 pilihan lunchbox yang masih ada selepas promo ini dibuka bulan May. Kena grab cepat-cepat tau takut kehabisan stok.

bekas simpan biskut

Sepasang pelapik cawan Shaklee untuk ahli sahaja.

Dengan pembelian produk kurang lebih RM300++, pelapik cawan ini boleh didapati dengan hanya RM 9.96 sahaja. Ada 3 corak mengikut tarikh tertentu. Tapi, kalau nak yang special edition Vivix punya, kena beli Vivix la satu.

Boleh la guna untuk lapik cawan tetamu masa raya nanti.

pelapik cawan murah

Salad Go Container dengan pembelian Set Detox.

Tapi ofer ni khas untuk ahli sahaja. Dengan pembelian set detoks, container dari New Zealand ini boleh dimiiki dengan harga RM19.93 sahaja.

Nak kawal berat badan dan nak dapatkan kulit yang cantik, ngam sangatlah buat program detoks ni. Sambil berpuasa pun boleh buat. Dan program ini disusun oleh saintis-saintis hebat dalam Shaklee.

bekas simpan biskut

 

Dah tentu anda pun tak nak lepaskan peluang keemasan ini kan?

Boleh isi borang di bawah, in sha Allah saya akan respon dengan segera.

Kenapa Perempuan Susah Nak Kurus, Walaupun Dah Makan Sikit?

$
0
0

Kenapa Perempuan Susah Nak Kurus, Walaupun Dah Makan Sikit?

Ramai perempuan sering merungut dah makan sikit tapi, berat badan tetap naik. Apa lagi kalau makan bantak, terus macam dipam laa…

Biasa tak dengar dialog macam ni?

–Saya tak makan banyak.
–Saya dah diet.
–Saya tak makan benda manis-manis.Tapi saya tetap gemuk.

Kenapa saya? Kenapa saya?

 

kenapa susah sangat nak kurus

kredit : mama centre

Lepas tu salahkan orang lain, salah kan persekitaran sebab masalah sendiri.

Berat badan berlebihan atau obes  ni bukan bergantung pada beapa banyak makan saja. Kena tengok juga apa yang masuk dalam perut.

Kalau makanan manis-manis memang tolak tepi, tapi rupanya dia makan nasik dengan lauk saja. Sayur cukup syarat saja. Asal ada. Pastu pulak lauk dia, daging merah ataupun atas nama protein. Pastu goreng pula tu.. Nampak dah berminyak-minyak..

Kalau tak pun, kambing bakar…. boleh ratah macam tu je kan? Bayangkan, nutrisi utama yang kita dapat ialah lemak, kolesterol dan protein. Protein pun banyak dah rosak sebab dimasak pada suhu tinggi.

Tapi, itulah yang memang lazat kan? Sampai jilat jari. Sekali-sekala boleh la..

Lemak memang badan perlukan, tapi kalau dah berlebih lemak itu yang dia berkumpul dalam darah, duk menyumbat salur darah dan menebal kat bawah kulit dan bertempek keat perut. Tu yang perut pun buncit.

Makanan yang kita rasa tak manis pun, tapi indeks glisemik tinggi pun boleh meningkatkan paras gula. Sebab tu orang yang katanya jaga makan. Tak makan makanan proses, kurang makan daging tetap terdedah kepada penyakit.

Eh eh… exercise pulak ke mana?

Sifir untuk sihat sebenarnya

–Makan makanan seimbang dan sihat
–Bersenam
–Pandai kawal stress
–Pengambilan suplemen berkualiti

Dan juga, bila usia makin meningkat usus kita bergerak makin lambat. Bila lambat gerak, makin banyak toksin yang akan disimpan di usus. Jadi, penyerapan zat makanan makin berkurang.

Jadi, sempena bulan puasa ni, saya cadangkan kawan-kawan ambik peluang nak jaga makan. Masa bukak puasa tu, janganlah melantak macam tak jumpa makanan 2 tahun. Dah raya kang, lagi banyak benda kita nak makan. Ketupat, rendang, soto, kuih raya lagi. Dan macam tak sah kalau tak ada air manis atau air gas kan?

Jom detoks Untuk Bakar Lemak Di Paha

Kalau nak buang lemak dan kolesterol dengan segera, saya cadangkan Set Detoks Shaklee. Set ini ada menu-menu makanan tersendiri. Bukan saja dia nak buang toksin2 dalam badan, tapi tambah badan kita dengan nutrisi yang baik.

Buat detoks sekarang, at least dah raya nanti lelemaks semua pun dah dibuang. Makan juadah raya pun, in sha Allah tak naik sangat. Lepas tu detoks la balik..

pecah lemak di punggung

Order set detoks – saya akan guide cara pengambilan set detoks yang telah disusun oleh saintis Shaklee yang hebat.

PW Fyda – 012 621 1883, atau

Isi saja borang

6 Komplikasi Penyakit Kencing Manis. No. 5 Paling Menakutkan Kaum Lelaki

$
0
0

6 Komplikasi Penyakit Kencing Manis. No. 5 Paling Menakutkan Kaum Lelaki

Kencing manis ialah salah 1 penyakit kronik yang mempunyai banyak komplikasi. Ataupun kesan buruk daripada penyakit tersebut. Orang yang ada kencing manis akan dipantau supaya komplikasi ini dapat dilambatkan atau dikawal. Walaupun dah makan ubat, pesakit kencing manis memang kena jaga betul pemakanan, kena pantang banyak makanan dan amalkan senaman. Tak boleh ikut-ikut gaya hidup masa sihat dulu.

Kalau nak senaraikan memang panjanglah komplikasi kencing manis ni. Ramai pesakit kencing manis meninggal dunia bukan disebabkan penyakit kencing manis sendiri, tetapi komplikasinya. Komplikasi kencing manis boleh jadi di mata, kulit, risiko tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan masalah jantung dan strok. Termasuk juga osteoporosis.

Semua tahu kan, pesakit kencing manis gulanya tinggi. Tapi, yang lebih penting daripada tu ialah paras insulin juga tinggi, tapi tak boleh digunakan. Itulah yang dipanggil kerintangan insulin. Walaupun paras gula terkawal, paras insulin yang tinggi boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Darah pekat inilah yang menyebabkan banyak komplikasi.

komplikasi penyakit kencing manis

 

Jadi, bila disahkan menghidap kencing manis, anda harus bersedia untuk menghadapi komplikasinya atau anda mesti ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. Kawal pemakanan dengan strict, bersenam, elakkan stress dan pengambilan suplemen berkualiti.

Antara komplikasi penyakit kencing manis ialah

1. Mata

Pada peringkat awal, kadar gula yang turun naik menyebabkan masalah keseimbangan cecair dalam kanta. Ini boleh menyebabkan mata jadi kabur. Lama kelamaan kanta akan rosak, iaitu katarak. Pada masa yang sama, saraf pun boleh rosak. Kedua-dua ni boleh menyebabkan buta.

2. Kulit

Akibat peredaran darah yang tak baik, pesakit kencing manis sering berasa gatal dan kebas-kebas. Bila berlaku kerosakan saraf pada kulit, orang tu tak lagi rasa sakit dan jika luka, dan tak perasan risiko jangkitan sangatlah tinggi. Apa lagi luka akibat kencing manis susah nak sembuh. Lama-lama boleh jadi ulser.

3. Tekanan darah

Diabetes juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi akibat darah yang makin pekat. Risiko strok dan serangan jantung turut meningkat

4. Kerosakan saraf di kaki

Disebabkan kaki ialah anggota badan paling bawah, maka peredaran darah yang tak bagus, menyebabkan darah berkumpul lama di kaki dan menyebabkan kerosakan saraf dan saluran darah. Pesakit kencing manis sangat mudah mengalami kerosakan sel pada kaki sehingga kaki terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan merebak.

5. Mati pucuk dan risiko mandul

Akibat pengaliran darah yang perlahan dan juga kerosakan saraf, fungsi alat sulit lelaki kencing manis boleh menurun dan menyebabkan mati pucuk. Habislah kejantanan..

6. Buah pinggang

Gula yang tinggi juga boleh merosakkan sel buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. Dan biasanya takde apa masalah sampai lah kerosakan dah sampai tahap 4 atau 5. Sebab itu, pesakit kencing manis sentiasa dipantau sama ada buah pinggang masih ok atau tidak.

Resveratrol Membantu Kawal Kencing Manis

Salah satu artikel berkaitan kajian yang menyokong keberkesanan Resveratrol (active ingredient VIVIX) dalam membantu pesakit kencing manis mengawal gula & melambatkan komplikasi, saya akan kongsikan dengan anda.

Boleh rujuk di sini : Resveratrol Dan Pengawalan Kencing Manis

Tapi untuk kesekian kalinya saya ingatkan supplemen dan ubat fungsinya berbeza. Supplements seperti VIVIX, walaupun banyak kajian membuktikan bahan aktif dalam
Vivix, iaitu resveratrol boleh mengawal penyakit kronik, tapi Vivix bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.

Tetapi lebih kepada menyokong rawatan dan pencegahan penyakit. Kalau mencegah tu, Vivix sangat sesuai diambil oleh orang yang sihat la. Tapi tak boleh nafikan juga sel-sel orang sakit juga perlukan nutrisi yang secukupnya, sama seperti yang diperlukan oleh orang yang tiada penyakit.

Kajian yang linknya saya bagi di atas ialah ramdomized, double blind, placebo-controlled study yang dijalankan kepada 66 orang penghidap kencing manis, membuktikan bahawa pengambilan RESVERATROL 1g setiap hari selama 45 hari boleh:

1.Menurunkan paras gula puasa (fasting glucose)

Bacaan gula semasa berpuasa yang normal menunjukkan badan berupaya memproses gula dengan baik.

2.Menurunkan kepekatan insulin.

Kepekatan insulin menurun pula maksudnya, insulin yang sebelum tu mengalami kerintangan dah boleh digunakan. Dalam ertikata lain, resveratrol mengurangkan kerintangan insulin atau meningkatkan tahap sensitiviti insulin dalam mengurangkan paras gula.

3.Menurunkan HbA1C – yang merupakan parameter untuk menentukan tahap pengawalan gula seseorang.

HbA1c ialah satu bentuk hemoglobin yang bergabung dengan gula. Ya, hemoglobin yang bawa oksigen ke tisu tu. Hemoglobin yang sama lah.

Hemoglobin ni memang akan bergabung dengan gula, dalam orang normal pun. Tapi untuk orang normal, nilainya dibawah 6.5%.

Kalau dah lebih tu, maksudnya pengawalan gula tak berapa bagus, walaupun orang tu mesti bebas daripada anemia sebab kekurangan zat besi. Sebab kita tahu hemoglobin kurang bila zat besi kurang.

HbA1c ialah parameter untuk tengok pengawalan darah 3 bulan sebelum tu. Maksudnya kalau HbA1 tinggi, paras gula biasanya tak terkawal walaupun bacaan gula pada hari tersebut rendah atau bagus.

Sebab ramai mengelat, sebelum jumpa doktor bukan main dia puasa, pantang semua makanan. Sebenarnya hari2 biasa makan dia mengalahkan orang takde penyakit pula.

Jadi, bacaan gula & HbA1c adalah dua parameter penting untuk menentukan pengawalan gula seseorang.

4.Menurunkan tekanan darah sistolik

Sistolik ialah bacaan tekanan darah bahagian atas yang bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh jantung untuk pam darah ke seluruh badan.

Tekanan darah yang tinggi maksudnya ada masalah pada jantung sendiri yang memaksa jantung bekerja dengan lebih kuat.

5. Menaikkan bacaan kolesterol HDL

HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana fungsinya untuk mengangkut kolesterol dari sel ke hati & mengurangkan kolesterol dalam sel.

kesan sampingan makan ubat kencing manis

Resveratrol Ada Dalam Vivix

RESVERATROL ialah salah 1 bahan aktif yang terdapat dalam VIVIX. Secara tak langsung Vivix juga salah 1 suplemen yang bagus sangat untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan melambatkan komplikasi.

Saya sangat sarankan setiap orang dewasa cubalah amalkan Vivix & bantu ibu bapa juga untuk jaga kesihatan. Setakat ini hanya produk Shaklee yang dibuktikan melalui ujian klinikal berkesan dan selamat. Mungkin Vivix ialah salah satu cara berkesan untuk anda kawal penyakit kencing manis, sekaligus mengurangkan komplikasi penyakit ini.

kesan buruk kencing manis

Jangan bertangguh-tangguh untuk kesihatan ya.. 

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan resveratrol untuk kesihatan. Kalau perlu info lanjut, boleh je hubungi saya ya..

Whatsapp : 012 621 1883

Atau boleh isi borang di bawah

Viewing all 506 articles
Browse latest View live